Analisa Teknikal USDJPY: Pembentukan Formasi Rising Wedge

USDJPY kini berada di dalam momentum menaik dan sedang membentuk rising wedge yang hampir sempurna. Sentimen pasaran yang agak positif membantu harga menokok ke atas selepas gagal menembusi paras support 200 DMA semalam. Ia masih kekal didagang di atas paras penting 109.00.

Harga USDJPY kini berada di paras penting di bawah resistant 109.30. Resistant berikutnya berasa di 109.90 (sila ambil maklum ia juga berhampiran paras psikologi 110.00). Manakala support terdekat ialah 200 DMA di 109.00 diikuti 50 DMA di 108.10. Pergerakan harga kini masih membentuk higher low dan higher high yang mana memberikan momentum ke atas yang agak kukuh.

Presiden Trump akan memberikan syarahan malam ini di New York Economic Club, manakala Gabenor FED J.Powell akan memberikan kenyataan di hadapan kongres Amerika pada hari Rabu dan Khamis. Sentimen daripada 2 acara penting ini mungkin akan memberikan volatiliti tinggi kepada pasangan matawang USDJPY

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.