Laporan Pasaran Eropah 25 Oktober 2019: Selamat Tinggal Mario Draghi

Pasaran kekal tenang pagi ini, indeks-indeks utama Asia agak positif berikutan tiada sentimen besar yang mempengaruhi pasaran.

Semalam merupakan mesyuarat ECB terakhir yang dipengerusi oleh Mario Draghi.  Beliau akan tamat tempoh sebagai Presiden ECB pada 31 Oktober. 

  • USD– USD agak kukuh berikutan data positif PMI malam tadi.
  • EURO– Euro agak lemah selepas mesyuarat ECB malam tadi, ia merupakan mesyuarat terakhir dipengerusi oleh Mario Draghi. Beliau kekal dengan nada ‘dovish’.
  • GBP– agak lemah selepas perkhabaran Boris Johnson akan mengemukan usul pilihanraya di Parlimen. GBP akan kekal dalam tiada arah sehingga pilihanraya yang dijangka pada Disember 2019.
  • JPY & CHF– agak lemah berikutan sentimen pasaran yang tenang
  • AUD & NZD– agak kukuh disokong oleh sentimen pasaran yang tenang.
  • Gold– melonjak melepasi $1500 selepas berita kemungkinan pilihanraya awal UK.
  • USOIL– kekal kukuh di atas $56.00 berikutan kebimbangan masalah supply yang kurang dan data inventori yang negatif.

Menarik hari ini: Data IFO German pada jam 4.00 petang.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.