Pengenalan
Coca-Cola (COKE) dijangka melaporkan laporan kewangan suku ketiga 2019 sebelum pasaran dibuka pada Jumaat 18 Oktober. Secara keseluruhannya, Stok COKE masih di dalam lingkungan trend yang menaik. Para penganalisa pasaran menjangkakan laporan kewangan Suku Ke3 akan menyusut berbanding suku yang lepas. Jangkaan pulangan adalah sebanyak $0.56 setiap saham (penurunan 2% berbanding tahun lepas). Walaugaimanapun, jumlah pendapatan COKE dijangka naik 15% kepada $9.47 bilion. Sekiranya laporan lebih baik atau setara dengan ramalan pasaran, saham COKE dijangka akan terus mengukuh. Morgan Stanley melaporkan saham COKE sebagai pilihan utama untuk kategori minuman.
Fundamental
Saham Coca-Cola (COKE) telah meningkat lebih 20% sejak 12 bulan lalu, jauh lebih tinggi daripada indeks pasaran minuman “Beverages” dan indeks S&P 500. Laporan kewangan suku ke3 akan diterbitkan pada minggu ini, seiring dengan laporan kewngan syarikat-syarikat utama di Bursa New York.
Coca-Cola merupakan syarikat ke-6 jenama paling berharga di dunia di belakang Apple, Facebook dan beberapa syarikat teknologi lain (sumber: Forbes). Cocal-cola terus berinovasi dan melebarkan portfolio produk mereka termasuk Costa Coffee yang berpotensi mencabar Starbucks, minuman tenaga BodyArmor dan beberapa produk lagi. Coca-Cola telah menaikkan penetapan potensi pendapatan pada suku ke2 tahun 2019.
Harga saham COKE telah meningkat sebanyak 13% pada tahun 2019 dan keseluruhan lebih 20% sejak 12 bulan yang lalu. Harga Saham COKE didagang pada $53.49. Rendah sedikit dari paras harga tertinggi 12 bulan $55.92. Dari sudut teknikal, harga saham COKE masih mempunyai ruang untuk terus mengukuh menjelang laporan kewangan suku ke3 dan selepas laporan diterbitkan.
Walaubagaimanapun, Nisbah harga hadapan/jualan (price/sales ratio) masih lagi di bawah purata industri iaitu 15.5X. Coca-Cola kini membayar purata dividen $1.60 per saham, di mana syarikat mempunya pulangan sihat sebanyak 2.97% pada masa kini.
Teknikal
Dari sudut price action, harga COKE kini dalam fasa retracement di mana Harga COKE menyusut dari paras tertinggi dan kini berada di paras 23.6% Fibonacci retracement dan support terdekat berada di paras $52.78. Tingkah laku pasaran menunjukkan bahawa penurunan ini tidak ketara berikutan tempoh retracement ini agak lama. Ia masih lagi berada di Kawasan support channel uptrend. Support seterusnya berada di &51.53 bersamaan 38.2% Fibonacci retracement. Manakala resistance seterusnya berada di $54.77 dan harga tertinggi 12 bulan $55.92.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.