GOLD – Formasi Inside Bar di Carta 1 Jam

XAUUSD (Gold) atau lebih dikenali sebagai besi kuning membentuk formasi inside bar berikutan pergerakan harga yang besar pada awal pagi tadi di mana ia naik dari $1503 dan mencecah $1517. Ia kini didagangkan pada harga $1508. Pergerakan candlestick 1 jam masih lagi gagal memecahkan candle marobozu yang besar.

Ini memberikan peluang untuk satu dagangan ‘breakout’ sekiranya berlaku pecahan di kawasan support. Ia dapat dilihat kawasan harga $1503 turut seiring dengan support trendline dari awal bulan Oktober. 50 1h MA turut menyokong support yang terletak berhampiran. Paras $1502 merupakan support seterusnya diikuti paras harga $1496 yang turut merupakan paras 200 1h MA.

Resistance seterusnya adalah $1517 yang turut merupakan harga tertinggi hari ini diikuti $1519.50 yang merupakan harga tertinggi bulan Oktober.

Sila ambil maklum bahawa support dan resistance dalam analisa ini dilukis berdasarkan historical weekly high and low.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.