Berita Pasaran & Data Penting

Berita FX Hari Ini

  • Pasaran Asia terus didagangkan lemah, berikutan kelemahan berterusan pasaran US.
  • ASX 200 susut -0.8%, Nikkei susut -0.5% manakala Han Seng (-0.5%) dan Shanghai Comp (-0.8%) masing-masing diniaga rendah.
  • USDJPY agak positif selepas kejatuhan awal pagi tadi. Ia kini didagangkan di harga 109.70.
  • pada tengahari selepas  semalaman jelas memberi kesan kepada dagangan pada pagi ini.
  • US Dollar kekal diniagakan kukuh dan kini berada di paras 98.00. Data ekonomi yang positif dari US memberikan sokongan kepada US Dollar.

Carta Hari Ini

Sudut Teknikal

  • EURUSD – Kekal lemah, harga gagal melepasi daily pivot di 1.11410. Paras support seterusnya ialah paras terendah semalam di 1.11238 dan S1 di 1.11116. “Death cross” H1 MA50 & MA200 berlaku pada semalam.
  • USDCAD – Harga melonjak selepas mesyuarat BoC semalam. Harga kini di paras 1.35060. Daily Pivot berada sedikit di atas di 1.35150. H1 MA50 merupakan support seterusnya di Paras 1.34920 dan diikuti S1 merangkap paras H1 MA200 di 1.34500. Harga 1.35460 merupakan resitant yang kukuh.

Data Penting Hari Ini

  • Gross Domestic Product Annualized Q1 Preliminary (USD, 8.30 pm Malaysia) – Dijangkakan bacaan sedikit rendah pada 3.1% berbanding 3.2% pada April lepas.
  •  Core Personal Consumption Expenditures (Q/Q) (USD, 8.30 pm Malaysia) – Bacaan dijangka kekal pada 1.3%. PCE merupakan indicator inflasi yang menjadi rujukan FED dalam menilai polisi matawang US.

Paras Support dan Resistance

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.