OIL: Harga Lebih Rendah Dijangkakan

Harga USOIL menyusut 1.6% keparas $60. Harga terendah setakat artikel ini ditulis adalah $59.78, 22 sen dari paras terendah May 6. Kejatuhan di bawah paras tersebut akan meletakkan harga minyak di paras terendah dalam tempoh 2 bulan.

Kejatuhan harga selama 3 hari berturut-turut disebabkan oleh data EIA inventory yang menunjukkan kenaikan luar jangka sebanyak 4.7 mln bbl dalam inventori minyak US. Ketidak tentuan ekonomi global menambahkan tekanan bearish terhadap harga minyak.

Isu US-China yang tiada kemajuaan merupakan sentiment utama. Menteri dagang China berkata bahawa US perlu memperbetulkan tindakan mereka yang salah sekitanya ingin meneruskan rundingan, ini merupakan kenyataan yang agak tegas. Dua biji kapal Tentera Laut US yang melalui selat Taiwan juga dikhuatiri menimbulkan kemarahan Beijing.

Harga WTI susut lebih 5% dari paras minggu lepas dan turun 8.4% berbanding harga bulan lepas. Harga seterusnya sekiranya paras $60.00 di pecahkan (50.0% Fibonacci level sejak Oktober 2018) adalah pada harga  $54.60-55.50, Kawasan resistance selama 2 bulan yang masih belum bertukar menjadiSupport, dan turut merupakan paras 38.2% Fib.

Dari sudut teknikal, momentum indicator harian menunjukkan perubahan neutral kepada negative, di mana dijangkakan intraday consolidation akan berlaku pada jangka pendek.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.