GBPUSD terus mencatatkan sedikit kenaikan pada hari Isnin, menyambung momentum kenaikan Jumaat selepas kejatuhan besar selama 6 hari yang menekan GBPUSD ke paras terendah 1.2154 sejak Mei 2020. Ia kini didagang hampir kepada paras psikologi 1.2300.
Permintaan tinggi terhadap USD dan kebimbangan para pelabur yang menyebabkan sentimen risk-off di pasaran jelas memberi tekanan buat GBP. Minggu ini, GBP sekali lagi akan mengalami ujian penting di mana data sektor buruh akan diterbitkan pada 17 Mei diikuti data inflasi pada 18 Mei. Keputusan data-data ini akan memberikan hala tuju GBP pada minggu ini dan kemungkinan sehingga minggu hadapan. Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.8% dan Kadar pendapatan Average Earning incl. Bonus untuk Mac dijangka pada 5.4% tidak berubah berbanding bulan sebelumnya dan kadar data Average Earning excl. Bonus untuk Mac dijangka naik ke 4.2% berbanding 4.0% pada bulan sebelumnya. Manakala data CPI UK dijangka naik tinggi dari 7% pada bulan sebelum kepada unjuran 9.1%, dengan data teras CPI (Core) dijangka pada 6.2% berbanding 5.7% pada bulan sebelum.
Meskipun secara amnya kenaikan inflasi dilihat positif untuk sesuatu matawang, di mana secara langsung akan memberikan indikasi kemungkinan kenaikan kadar faedah. Kenaikan inflasi yang terlalu tinggi akan memburukkan lagi tekanan kos sara hidup yang sedia ada ketika UK dilihat di dalam fasa pertumbuhan yang terbantut. Data GDP UK untuk bulan Mac dilaporkan menguncup -0.1%. Ia seiring dengan kenyataan Bank of England (BoE) sebelum ini yang memberi amaran bahawa UK mungkin akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini. Kombinasi pertumbuhan ekonomi rendah dan kenaikan inflasi yang pantas adalah sesuatu yang tidak baik buat GBP.
Dalam kenyataan kepada jawatankuasa kewangan parlimen UK (House of Common) pada hari Isnin, Gabenor BoE Andrew Bailey menegaskan bahawa mereka tidak gembira dengan keadaan situasi inflasi semasa yang mana punca kenaikan inflasi adalah akibat kenaikan harga tenaga dan barang-barang dagangan (tradeable goods). Beliau juga dipetik berkata mereka bimbang dengan kejutan dalam ekonomi global seperti yang dapat dilihat dalam kelemahan data ekonomi China. Sekiranya data inflasi lebih tinggi atau menepati jangkaan, GBP dijangka akan terus tertekan untuk jangka masa pendek.
Kombinasi pengukuhan USD dan kelemahan GBP telah menyebabkan GBPUSD mengalami penurunan besar lebih 10% daripada paras tertinggi Januari 2022 1.3750 ke serendah 1.2154 pada Mei 2022. Paras 1.2154 ini akan menjadi sokongan terdekat untuk GBPUSD dengan pecahan paras ini akan mendorong paras sokongan seterusnya diaktifkan di 1.2070 diikuti paras psikologi penting 1.2000. Sekiranya GBP terus disokong pelabur dan mencatatkan kenaikan, paras rintangan di kluster penting 1.2400-1.2410 akan menjadi penghalang terhampir diikuti paras tertinggi Mei di 1.2637. indikator MACD masih lagi jauh di bawah paras 0 tetapi paras RSI-14 harian telah naik sedikit dari paras oversold namun momentum masih lagi kuat ke bawah.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak
Market Analyst
HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutny