Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk mengejutkan dunia pasaran dengan menawar untuk membeli semua saham Twitter pada harga $54.20 satu saham secara tunai, dengan jumlah keseluruhan $43 bilion. Tawaran daripada Musk ini adalah premium sebanyak 54% daripada harga Twitter pada 28 Januari 2022, tarikh beliau mula membeli saham Twitter.
Elon Musk turut dipetik berkata bahawa Twitter mempunyai potensi yang baik dan beliau yakin akan mampu membawa syarikat ini lebih jauh. Selain itu, Musk berkata ini adalah tawaran terbaik dari nya dan juga tawaran yang terakhir. Sekiranya tawaran ini ditolak, Musk juga dipetik berkata beliau akan mempertimbangkan semula kedudukan beliau sebagai pemegang saham Twitter.
Tindakan ini berlaku selepas Elon Musk membeli 14.9% pegangan saham pasif dalam syarikat Twitter tetapi pada masa sama menolak tawaran untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah syarikat ini. Tindakan yang sama sekali bertentangan dengan keputusan beliau untuk menerima tawaran kerusi ahli lembaga pengarah ketika beliau memegang 9.2% saham sebelum ini.
Tawaran pembelian saham oleh Elon Musk ini menyebabkan saham #Twitter melonjak pada pembukaan pasaran US di $48.49, naik hampir 6% berbanding harga penutup Rabu di $45.86. Selepas susut ke paras terendah $31.17 pada Februari lepas, saham Twitter telah naik semula dengan baik. Harga tertinggi saham Twitter pada tahun 2022 adalah pada $54.54 yang dicatat pada 5 April, sehari selepas pasaran mengetahui Musk membeli 9% saham Twitter pada 4 April.
Persoalan menarik kini adakah tawaran Musk ini akan menolak harga Twitter lebih tinggi menjelang laporan pendapatan suku pertama 2022 Twitter pada 28 April ini.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya