GBPUSD Kekal Terperangkap Dalam Julat Kecil

GBPUSD didagang di dalma julat kecil minggu ini, gagal kekal positif di atas 1.3100 berikutan pengukuhan USD selepas minit mesyuarat FOMC menunjukkan bahawa FED bersedia menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi akan datang. Di sebalik tirai sentimen agak tenang pada minggu ini, GBP bergelut untuk kekal kukuh berbanding USD.

GBPUSD didagang di atas 1.3100 pada permulaan minggu, bagaimanapun, bear terus menekan GBPUSD kembali ke bawah 1.3100 tetapi belum cukup kekuatan untuk menekan bawah 1.3000. Pergerakan teknikal menunjukkan 1.3050 sokongan penting buat masa sekarang, dengan paras psikologi 1.3000 dilihat tidak terancam oleh bear. Walaubagaimanapun, Bull dilihat juga tidak mmpu untuk kembali menolak GBPUSD ke atas 1.3100. RSI-14 masih dalam teritori jualan tetapi di atss paras oversold, MACD juga berada di paras rendah.

Dengan barisan ahli FED dijadual memberi komen/ucapan di hari hari mendatang dan kebanyakan komen mereka dijangka menjurus kepada hawkish, GBPUSD dilihat bergelut untuk naik ke atas tetapi pada masa sama masih selamat di atas 1.3000.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya