USDCHF secara konsisten menunjukkan kenaikan pada minggu lepas dan kini Bull cuba bertahan di atas paras 0.9300. Keputusan mesyuarat FOMC pada minggu lepas yang hawkish jelas membantu pengukuhan USD secara keseluruhan dan membantu USDCHF keluar dari julat dagangan 0.9100-0.9200 sejak awal Januari.
Walaubagaimanapun, Bear masih lagi cuba menahan USDCHF daripada naik lebih tinggi daripada paras tertinggi November 2021 di 0.9370, dengan paras tertinggi tahun 2021 0.9458 menjadi pertahanan terakhir yang perlu dipertahankan oleh Bear. Pergerakan MA-50 dan MA-200 di jela masa H4 menunjukkan pergerakan Golden Cross, tetapi indikator RSI-14 dan MACD menunjukkan pasangan USDCHF telah melepasi zon overbought, kemungkinan retracement jangka pendek adalah kemungkinan. Paras 0.9200 adalah sokongan terhampir dengan paras 0.9100 akan diaktifkan sebagai sokongan sekiranya USDCHF mencatatkan kejatuhan mendadak.
Sentimen semasa kini jelas menyokong pengukuhan USD dengan pasaran kini menumpukan ke arah spekulasi kenaikan kadar sebanyak 50 mata pada mesyuarat FOMC Mac 2022. Walaubagaimanapun, risiko masih lagi tinggi di pasaran dengan sentimen geo-politik Ukraine-Russia mungkin akan menjadi lebih tegang dan seterusnya menambah permintaan terhadap matawang safe haven CHF. Penerbitan data NFP pada Jumaat ini dijangka akan memberi penunjuk kepada pergerakan USDCHF dalam jangka masa pendek.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.