USOIL: Rali Dijangka Berterusan

Harga minyak mentah dunia dilihat mengukuh pada minggu ini berikutan bekalan yang terhad tetapi permintaan terus meningkat. USOIL didagang melepasi $83 setong pada hari Selasa sebelum sedikit susut, tetapi momentum semasa jelas menunjukkan Bull masih menguasai pasaran. Menurut laporan daripada Bank of America (BofA), peningkatan dalam permintaan minyak jet, permintaan bertambah untuk diesel dan kekangan pengeluaran dalam sektor penapisan minyak akan terus menambahkan pengukuhan harga minyak dalam jangka masa beberapa bulan ini.

Tindakan syarikat gergasi Arab Saudi Aramco menaikkan harga jualan minyak daripada $1.40 ke $2.70 untuk pasaran Asia dan tindakan OPEC+ untuk mengekalkan penambahan pengeluaran seperti yang dipersetujui jelas membantu pengukuhan harga minyak. Meskipun Presiden US Joe Biden menggesa pihak terlibat untuk menambahkan pengeluaran minyak, nampaknya ia tidak dipedulikan oleh OPEC+. Selain itu, kelulusan bil infrastruktur sebanyak $1 trilion oleh Kongres US dilihat akan menambahkan pertumbuhan ekonomi dan secara langsung meningkatkan permintaan kepada bekalan minyak dunia.

USOil kini didagang pada $82.32, susut sedikit daripada paras tertinggi November pagi tadi di $83.24,  harga tertinggi Oktober $83.77 masih lagi merupakan harga tertinggi dicatat sejak tahun 2014. IA menjadi resistant penting untuk Bull pecahkan dan paras psikologi $90 akan menjadi sasaran penting seterusnya. $77 menjadi support penting. MACD line menunjukkan pergerakan ke bawah tetapi histogram mula menunjukkan kemungkinan akan ada satu lagi rali untuk USOIL. Manakala RSI14 masih berada di atas 58, menunjukkan momentum ke atas masih lagi kukuh.

Persoalan utama sekarang adalah apakah OPEC+, Arab, Russia akan menambahkan pengeluaran mereka dalam mengambil kesempatan untuk pendapatan tambahan berikutan harga tinggi minyak ketika ini ataupun mereka akan cuba memanipulasi pengeluaran untuk menaikkan lagi harga minyak mentah.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.