AUDUSD terus mengalami minggu yang buruk apabila mencecah paras terendah sejak akhir Ogos semalam di 0.7273. Kombinasi kelemahan data sektor pekerjaan Australia di mana -146.3 ribu pekerjaan hilang berbanding 2.2 ribu pada bulan lepas. Keadaan ini disebabkan oleh penutupan sektor ekonomi akibat perintah kawal pergerakan dalam membendung lonjakan kes Covid-19 baru di Australia.
AUD terus mengalami tekanan apabila USD mengukuh berikutan data yang positif di mana data Julai Runcit US melonjak ke 0.7% berbanding -1.1% bulan lepas dan Jualan Runcit (Kumpulan Kawalan) naik 2.5% berbanding -1.0%. Data ini jauh melepasi unjuran penganalisis dan memberi sokongan kepada AUD. Keadaan sentimen semasa yang agak negatif turut memberi kesan di mana permintaan terhadap matawang safe haven meningkat dan memberi tekanan kepada matawang komoditi.
Carta Intraday AUDUSD kini menunjukkan AUDUSD melonjak sedikit dari paras terendah 3 minggu 0.7273 dan menghampiri paras psikologi 0.7300. yang juga berhampiran dengan pivot point. MA-50 berada di atas sebagai halangan seterusnya di 0.7313 dan pivot R1 berhampiran 0.7329. Sekiranya AUD bear terus menguasai pasaran, Pivot S1 di 0.7260 akan menjadi tumpuan sekiranya paras terendah semalam ditembusi. Pergerakan indikator RSI-14 agak neutral Ketika ini berhampiran dengan paras 50.
Minggu depan akan menjadi lebih menarik apabila FOMC akan bersidang untuk mesyuarat polisi matawang US dan dengan para pelabur akan tertumpu kepada keputusan FEd mengenai Tapering. Ini dijangka akan terus menjadi faktor untuk AUD terus tertekan untuk jangka masa pendek.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Education Office Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.