S&P 500 Tertekan di Bawah 4420

Indeks hadapan S&P500 (US500.F) diniagakan agak berhati-hati pada hari terakhir minggu ini menjelang pembukaan US. US500.F melonjak dari paras terendah Khamis tetapi gagal menunjukkan sebarang tanda pengukuhan yang kuat.

Dengan penutupan di bawah 4425 akan mewujudkan candlestick reversal mingguan. Ini berikutan sentimen risk-off yang berpanjangan sepanjang minggu dan pengukuhan USD. Keadaan pasaran agak berhati-hati dimana para pelabur masih lagi dalam keadaan risk-off. Indeks volatiliti yang memantau volatiliti SP500, Indeks VIX.F kini berada di 22.27, rendah sedikit dari paras tertinggi Ogos yang dicatat pada Khamis 23.12.

Tekanan akan bertambah sekiranya US500.F ditutup di bawah paras terendah mingguan di 4346 mata yang juga paras penting sokongan MA-50 harian.  Support seterusnya berasa sedikit dibawah 4330. Paras ini seiring dengan unjuran Credit Suisse yang menjangkakan USA500.F akan melalui fasa pembetulan. Ia kini berada di dalam channel yang semakin mengecil dengan resistant terdekat berada di 4414 dan diikuti rekod tertinggi 4476 mata. Penganalisis pasaran mula menilai semula situasi pasaran dengan Morgan Stanley menjangkakan penurunan 10% dan paras 4000 menjelang hujung tahun.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.