Harga minyak mentah dunia diniagakan positif pada hari Selasa selepas kejatuhan pada hari Isnin berikutan kebimbangan mengenai perminataan. Lebih banyak kerajaan kembali mengenakan sekatan perjalanan berikutan kebimbangan penyebaran varian Delta Covid-19. Kes di Benua Asia, Eropah, UK, Australia meningkat mendadak dan ianya memberi risiko terhadap permintaan minyak mentah dimana secara langsung membuatkan rali bull minyak mentah dunia terbantut.
OPEC+ juga akan mendadakan mesyuarat peringkat Menteri pada Khamis turut menyebabkan kebimbangan para pelabur. OPEC+ dilaporkan agak optimis dengan pemulihan dalam pasaran minyak dan dijangka akan meluluskan pengeluaran tambahan kira-kira 500,000 tong sebulan.
USOIL kini diniagakan di 72.55, rendah dari rekod tertinggi sejak 2018 pada 73.90. Pergerakan harga menunjukkan pergerakan mendatar didalam julat di antara 73.65 dan 71.23 sejak 23 Jun. MA-50 dan MA-200 dilihat masih lagi merupakan support yang kuat untuk USOIL, tetapi kedua-dua indicator ini mula menunjukkan pergerakan menghampiri satu sama lain. RSI-14 turut berada dalam keadaan neutral.
Sementara itu UKOIL turut menunjukkan pemulihan pada Selasa selepas kejatuhan Isnin. Ia kini didagang di 74.50, rendah dari paras tertinggi 3 tahun 76.54, paras terendah minggu ini berada di 73.82. Tetapi UKOIL kini diniagakan dibawah MA-50 & MA-200 buat kali pertama dalam May lepas. RSI-14 kini berada dibawah paras neutral di 43.52.
Data invetori minyak mentah mingguan API masih lagi menunjukkan defisit sebanyak -8.153 juta tong, berbanding -7.199 juta tong pada minggu lepas. Data inventori EIA juga dijangka memberikan defisit stok sebanyak -4.46 juta tong pada minggu ini. Dan mesyuarat OPEC+ pada Khamis dijangka memberikan volatiliti kepada pasaran minyak mentah.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.