Data inflasi US (Consumer Price Index) (YoY) untuk bulan May dilaporkan melepasi unjuran pada 5.0%, jauh lebih tinggi dari unjuran 4.7% manakala data bulan sebelum ialah 4.2%. Ia adalah bacaan tertinggi yang pernah direkodkan di Amerika Syarikat sejak krisis ekonomi 2008. Manakala inflasi teras (CPI ex food & energy) pula dilaporkan pada 3.8% berbanding 3.0% pada bulan sebelum dan konsesus hanya pada 3.4%. Sementara itu, data laporan tuntutan pengangguran awal (initial jobless claim) menurun ke 376,000 berbanding 385,000 pada minggu lepas. Dengan tuntutan berterusan (continuous claim) menurun kepada 3.6 juta.
Meskipun data NFP pada minggu lepas gagal menepati unjuran, ia masih dalam posisi perkembangan sektor buruh yang baik. Kombinasi sektor buruh yang semakin pulih dan kadar inflasi yang tinggi dijangka akan memberi tekanan kepada ahli FED dalam mesyuarat FOMC pada minggu hadapan. Sebelum ini, FED berulangkali menegaskan bahawa kekuatan kadar inflasi yang tinggi adalah proses transitori tetapi kenaikan inflasi berterusan pada tahun 2021 sehingga mencecah 5.0% bukanlah sesuatu yang harus diambil ringan oleh FED.
Meskipun data inflasi yang dilaporkan tinggi daripada jangkaan dan tertinggi sejak tahun 2008, ia gagal memberi impak positif kepada US Dollar, sebaliknya USD menyusut selepas penerbitan data, menunjukkan langkah yang sinonim dalam pasaran: “Buy the rumors, Sell the news”. USDIndex menyusut dan kembali menguji paras support psikologi 90.00 meskipun ia melonjak seketika ke paras 90.30 selepas data diterbitkan. Pergerakan USD dilihat akan kekal dalam julat kecil di antara 90.00 -90.30 dalam jangka terdekat. EURUSD pula bergerak agak volatile sebelum sesi US tadi berikutan pengumuman mesyuarat polisi ECB yang agak neutral seperti yang dijangkakan, ia kekal didagang di dalam julat kecil antara MA50 – MA200 (H4) di antara 1.2180 – 1.2140. USDCHF yang dilihat sebagai pergerakan seiring dengan USDIndex turut kembali didagang berhampiran paras support pivot S1 Weekly, ia dijangka kekal didagang di dalam julat pivot point-pivot S1 mingguan (0.8940-0.9000). XAUUSD melonjak tinggi pasca CPI dari $1871 ke $1894 tetapi dilihat agak sukat melepasi resistance di MA50 (H4) di $1894. Tekanan ke atas emas masih lagi ke arah bawah dan kini ia didagangkan di kawasan pivot point weekly.
Naratif pergerakan USD dijangka akan diperhatikan dengan teliti dimana mesyuarat polisi FED (FOMC) akan berisdang minggu hadapan. Para pelabur ingin melihat apakah FED akan mengambil serius kesan inflasi sekarang dalam mesyuarat mereka ataupun mereka masih lagi akan berdiri teguh dengan pendirian bahawa impak inflasi tinggi hanya sementara?
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.