GBPUSD Melangkah Gagah di Awal Tahun 2021

Tahun ‘roller-coaster’ 2020 untuk British Pound telah berakhir, dan para pelabur melihat tahun 2021 sebagai tahun kembalinya kenaikan dan pengukuhan untuk GBP. BREXIT secara rasminya telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021, faktor ini bukan lagi pemacu sentimen utama untuk pergerakan GBP.

GBPUSD melonjak ke paras tertinggi dalam 31 bulan apabila ia mencapai paras 1.3697, kali terakhir GBPUSD berada di sekitar harga ini adalah pada bulan April 2018. Carta weekly GBPUSD menunjukkan GBPUSD berjaya ditutup di atas formasi inverse head & shoulder. Bull GBPUSD dijangka kekal kukuh selagi ia berada di atas 1.3600. Dari sudut analisa carta Daily, GBPUSD kini didagang di paras fibo expansion 127.2 (sekitar harga 1.3670) dan kenaikan dijangka bergantung kepada keupayaan bull untuk memecahkan paras resistant ini. Support terdekat berada di paras 1.3520 yang merupakan high Disember 2019. Daily MA-50 dan MA-200 berada jauh di bawah manakala RSI-14 masih belum mencapai paras overbought.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.