GBPUSD Bagaikan Roller Coaster Berikutan Isu Brexit dan Covid-19

GBPUSD kembali tenang selepas melakukan gerakan roller coaster pada hari Isnin. GBPUSD jatuh ke bawah paras 1.3200 selepas pelabur panik berikutan laporan penemuan mutasi terbaru COVID-19 belum naik semula menghampiri 1.3500 di sesi New York. Penemuan mutasi baru yang dikatakan mempunyai kadar keberjangkitan 70% lebih tinggi daripada virus asal.

Meskipun GBPUSD berjaya naik semula ke menghampiri 1.3500, kenaikan dilihat agak terhad buat masa sekarang. Pelabur dilihat bimbang dengan rundingan dagang pasca-Brexit diantara UK dan EU yang masih kekal buntu. Kedua pihak masih lagi gagal mencapai persefahaman berhubung isu perairan perikanan dan tarikh akhir telah terlepas. Jurucakap Perdana Menteri UK dipetik berkata proses transisi Brexit tetap akan berakhir pada 31 Disember dan ianya perlu diratifikasi oleh parlimen menjelang 1 Januari. Meskipun tahap kebimbangan pelabur tinggi, mereka masih mengharap akan ada persetujuan di antara kedua belah pihak pada saat-saat akhir.

GBPUSD pada awal sesi London didagang di sekitar 1.3440, rendah dari paras tertinggi Isnin 1.3498. Ia menguji daily pivot pada 1.3382 dan paras ini masih bertahan. MA-50 dan MA-200 dilihat kembali merapat di sekitar 1.3400. Sekiranya daily pivot gagal bertahan, paras pivot S1 1.3266 akan menjadi support penting. Harga tertinggi Isnin 1.3498 merupakan resistant penting diikuti pivot R1 di 1.3577. Bull memerlukan momentum yang kuat di atas 1.3500 untuk mengekalkan penguasaan mereka.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.