FOMC: Federal Reserve Kekal Dengan Intonasi Dovish

Keputusan mesyuarat polisi matawang Fed FOMC gagal menahan US Dollar dari terus menggelungsur ke bawah. US Dollar terus didagang rendah berbanding matawang lain setelah keputusan mesyuarat diumumkan.

Mesyuarat polisi FOMC mengekalkan kadar faedah hampir kepada kadar sifar dalam linkungan 0.00%-0.25% seperti jangkaan para pelabur, tetapi memberi nada positif mengenai jangkaan pertumbuhan ekonomi. Fed tidak melanjutkan tarikh matang operasi pembelian nota sekuriti di pasaran, dan Pengerusi Fed Jerome Powell optimis menjangkakan ekonomi akan kembali mengukuh pada separuh kedua tahun 2021 berikutan aktiviti kembali normal selepas penggunaan vaksin Covid-19. Powell bagaimanapun menegaskan Fed akan kekal membeli bon sehingga mereka melihat kemajuan dalam sasaran unjuran mereka. Beliau juga menyuarakan kebimbangan tekanan deflasi untuk jangka masa pendek.

Fed turut menerbitkan unjuran ‘Dot Plot’ bagi mesyuarat Disember. ‘Dot Plot’ adalah unjuran kadar faedah setiap ahli di dalam jawatankuasa FOMC. Berikutan data ekonomi yang positif pada suku ke-3, terdapat pertambahan kepada 5 orang ahli yang menjangkakan kenaikan kadar faedah pada tahun 2023.

Titik unjuran median ahli FOMC menunjukkan kadar faedah dijangka kekal sehingga tahun 2024.

Secara keseluruhannya, Fed dilihat sedikit kurang dovish berbanding dengan mesyuarat sebelum ini. Mereka masih menegaskan bahawa sokongan polisi fiskal oleh kerajaan adalah penting terutamanya dalam menyokong sektor buruh. Data ekonomi untuk suku ke-4 dilihat mula kehilangan momentum tetapi ianya dapat dipangkin semula seandainya kedua-dua parti utama di AS dapat mencapai persetujuan dalam program ransangan ekonomi terbaru.

Para penganalisis pasaran melihat US Dollar akan kekal tertekan untuk tahun 2021 selepas keputusan mesyuarat polisi FOMC Disember 2020. Tumpuan terarah kepada pergerakan hasil pulangan bon (Bon Yield) yang mungkin memberikan volatiliti kepada US Dollar.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.