Saham mengalami jualan besaran, berikutan keadaan risiko cemas di pasaran. Laporan pendapatan syarikat yang mengecewakan setakat ini menyaksikan Wall Street ditutup lebih rendah semalam dan penjualannya meningkat sejak itu, kerana harapan pakej rangsangan AS menjelang pilihan raya semakin pudar dan perkembangan Covid-19 memberi impak kepada ekonomi. Ketidakpastian mengenai keputusan pilihan raya AS juga menghadkan kenaikan saham kerana pelabur menunggu lebih banyak laporan pendapatan syarikat pada minggu ini.
Walau bagaimanapun, tahap turun naik dijangka dapat dilihat dengan data Penjualan Runcit yang akan datang dari AS esok. Ini adalah laporan utama yang harus memberikan lagi petunjuk pemulihan ekonomi. Pengukuhan yang dilihat setakat ini pada data Julai dan Ogos menunjukkan sekitar 33% pemulihan pada KDNK Q3. Data penjualan kenderaan yang kuat untuk sebulan lagi dengan kenaikan berterusan untuk penjualan pakaian, perabot, elektronik, dan peralatan akan menyokong pengukuhan ekonomi. Terdapat juga maklumat baru mengenai sektor pembuatan.
Jualan Runcit dijangka menunjukkan kenaikan September 0.9% dengan angka ex-autos 0.6%, setelah kenaikan Ogos masing-masing 0.6% dan 0.7%. Penjualan kedai serbaneka dijangka meningkat pada bulan September, tetapi tetap tertekan. Keyakinan pengguna jauh lebih kukuh setelah mendatar pada bulan Ogos. Jualan kenderaan meningkat sebanyak 8%. Komponen petrol CPI akan turun -0.5% pada bulan September, tetapi kenaikan perjalanan kenderaan dijangka akan meningkatkan penjualan stesen servis. Pekerjaan pembinaan dan jam kerja juga meningkat, menandakan kenaikan lebih lanjut untuk penjualan bahan binaan.
Komponen stesen minyak petrol jualan runcit secara asasnya bergerak dengan harga petrol, kerana jumlah penjualan petrol biasanya mematuhi corak bermusim. Walaubagaimanapun, pada musim bunga ini, penjualan stesen minyak turun mendadak berbanding harga kerana penurunan kuantiti berikutan perintah kawaln pergerakan, sementara kenaikan semula dilihat pada musim panas tetapi kelemahan harga muncul kembali pada bulan September. Komponen petrol CPI akan turun sebanyak 0.5% pada bulan September berbanding 2.0% pada bulan Ogos.
Perubahan dalam jam pembinaan berlaku dari laporan bulanan pekerjaan dalam komponen bahan binaan penjualan runcit. Laporan pekerjaan bulan September mendedahkan peningkatan 0.3% pada waktu pembinaan bekerja setelah kenaikan 0.3% pada bulan Ogos, 0.4% pada bulan Julai, dan 2.0% pada bulan Jun. Pekerjaan pembinaan meningkat 26k pada bulan September, 17k pada bulan Ogos dan 31k pada bulan Julai. Penjualan perbelanjaan pembinaan dan bahan binaan masing-masing akan meningkat 0.8% dan 0.5% pada bulan September.
Kadar simpanan berkorelasi terbalik dengan penjualan runcit bulanan, kerana keuntungan perbelanjaan berbanding pendapatan boleh guna menjimatkan baki simpanan.
Oleh itu, kadar simpanan dijangka turun kepada 13.5% pada bulan September daripada 14.1% pada bulan Ogos, 17.7% pada bulan Julai, dan 18.7% pada bulan Jun. Walaupun sector ekonomi ditutup, kebanyakan pekerja terus mendapat bayaran, di samping peningkatan pendapatan yang besar dari pembayaran bantuan langsung $1,200 kepada individu dan penambahan faedah pengangguran dengan Akta CARES, ianya memuncak pada bulan April sebelum semakin berkurang pada bulan-bulan berikutnya, dan penurunan mendadak pada bulan Ogos selepas faedah tamat.
Penjualan runcit, keyakinan pengguna, dan prestasi saham semuanya berkorelasi.
Berbagai langkah pengukuran tahap keyakinan menunjukkan respon yang baik dalam menghadapi data ekonomi yang sangat negatif, walaupun kenaikan semula pasca kawaln pergerakan telah berkurang. Indeks keyakinan pengguna Dewan Persidangan (Conference Board) melonjak ke 101.8 pada bulan September dari 86.3, berbanding paras tertinggi 18 tahun pada 137.9 pada bulan Oktober 2018 dan penurunan 25.3 pada bulan Februari 2009. Indeks Sentimen Michigan meningkat kepada 80.4 daripada 74.1, berbanding ketinggian 14 tahun pada tahap 101.4 pada bulan Mac 2018 dan tahap kemelesetan 55.3 pada bulan November 2008. Sentimen pengeluar juga meningkat pada bulan September.
Harga saham turun sedikit pada bulan September, dan metrik y/y jatuh ke 12.9% dari 17.1% pada bulan Ogos, 7.1% pada bulan Julai. Penjualan runcit berkorelasi dengan hasil bon dan pergerakan FX. Oleh itu, secara teorinya tindak balas segera pasaran terhadap kejutan dalam laporan penjualan runcit selama 100 bulan terakhir menurut kajian Action Economics digambarkan dalam grafik di bawah:
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.