Cable Kembali Ke 1.3300, 1.3500 Lebih Sukar Dicapai

GBPUSD, H4

UK composite PMI Ogos disemak lebih rendah, ke bacaan 59.1. Ini adalah semakan rendah dari anggaran awal 60.3. Meskipun demikian, bacaan 59.1 masih menandakan peningkatan aktiviti dari bacaan 57.0 pada Julai, dan menandakan kadar pengembangan terpantas di sektor swasta sejak Ogos 2014. Proses pembukaan semula ekonomi dan pemulihan tajam dalam perbelanjaan pengguna disorot oleh tinjauan sebagai mendorong pengembangan aktiviti. Services PMI disemak semula menjadi 58.8 daripada anggaran awal 60.1, masih menandakan tahap tertinggi sejak April 2015, sementara manufacturing PMI UK Ogos yang diterbitkan pada awal minggu, telah disemak lebih rendah, menjadi 55.2 berbanding 55.3 pada angka awal.

awlaupun data utama yang kukuh, kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan menunjukkan alasan untuk dikhuatiri,. Kedua-dua sektor mengalami pengurangan pekerjaan yang tinggi pada bulan Ogos, seiring dengan pengurangan dalam skim sokongan pandemic kerajaan. Pada masa yang sama, kedua-dua sektor menunjukkan tanda-tanda kapasiti berlebihan kerana kerja-kerja tunggakan semakin berkurang.

Walaubagaimanapun, perjalanan untuk 12 bulan ke depan tetap kekal pada tahap optimis, dengan alasan keadaan ekonomi akan kembali normal adalah cerah, walaupun kebimbangan dinyatakan oleh responden mengenai kekuatan pemulihan mungkin berubah berikutan Langkah pengurangan sokongan oleh kerajaan. Risiko adalah apabila aktiviti akan dianggap tunggakan kerja yang disebabkan oleh penutupan ekonomi selesai, dan ketika program sokongan upah buruh oleh kerajjaan berakhir pada bulan Oktober mungkin akan menyebabkan kehilangan pekerjaan (ada kemungkinan skim ini akan dilanjutkan).

Skim ‘Eat Out to Help Out’ (oleh kerajaan, hasil dari pasaran bon/pembayar cukai, menanggung sehingga separuh bil untuk pengguna di restoran dan pub) berakhir pada 1 September. Sektor perkhidmatan akan terdedah kepada mengurangkan skim sokongan gaji pada bulan hadapan, dengan sektor penerbangan, peruncitan barangan mewah dan hospitaliti paling berisiko.

Pound telah menyaksikan perdagangan bercampur-campur setelah data PMI Ogos akhir diterbitkan. Para pedagang pasaran tidak terkesan oleh revisi bacaan lebih rendah dalam perkhidmatan utama UK dan bacaan PMI gabungan (composite PMI), atau peningkatan pengurangan pekerjaan di kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan pada bulan Ogos.

Cable menunjukkan penurunan 0.4% untuk hari ini, yang mencerminkan kesan kenaikan awal dollar. Harga terendah pasangan matawang ini dalam 6 hari adalah di 1.3277 gagal diuji selepas penerbitan data PMI. EURGBP pada masa ini sekitar 20 pips di atas paras terendah tiga bulan yang dilihat sebelumnya, pada 0.8866. Pasangan mataeang ini kekal tertekan kerana pasaran fokus kepada kemungkinan perubahan kerangka kerja di ECB yang bertujuan untuk meningkatkan inflasi, setelah penerbitan bacaan negatif yang tidak dijangka pada data CPI zon euro Ogos (-0,2% y / y).

Risiko penurunan untuk pound dijangka lebih besar daripada risiko kenaikan. Kehilangan pekerjaan terus berlanjutan di UK, dengan sektor buruh yang terkesan oleh pengurangan sebahagian skim sokongan gaji kerajaan. Skim ini dijagka tamat pada bulan depan. Peningkatan data pinjaman pengguna, setelah penguncupan selama empat bulan, memberi sinar positif dalam keadaan ini, kerana ia menunjukkan keadaan permintaan bertambah baik, yang dapat membantu sektor swasta menghadapi penarikan skim bantuan. Pound turut menghadapi risiko penurunan lain, termasuk kemungkinan kenaikan cukai dan risiko perjanjian yang tipis atau tanpa perjanjian dalam rundingan akhir Brexit.

Cable (H4) gagal melepasi 1.3500 dengan candlestick engulfing pada Isnin, menembusi paras 20-period moving average semalam dengan tamatnya candle 08:00. Pergerakan 2x ATR memberikan kemungkinan pergerakan harga ke 1.3250 dan pergerakan 3x ATR 3 ke 1.3206. Perhentian LL5 pada mulanya akan diletakkan pada pembalikan pergerkan di 1.3465 dan pada masa ini berada di 1.3350.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.