NFP: EURUSD Masih Menantikan Tonik Terbaru

Sektor buruh swasta (ADP Employment) di Amerika menambah 2.36 juta pekerjaan baru pada bulan Jun, sedikit rendah daripada jangkaan 3 juta pekerjaan baru. Tetapi data pekerjaan pada bulan Mei dinilai semula kepada kenaikan 3.065 juta kerja baru berbanding data negatif -2.7 juta yang dilaporkan awal bulan lepas. Ini memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran selepas minggu yang agak membimbangkan berikutan bilangan laporan kes baru Covid-19 terus meningkat di Amerika.

Pasaran turut memberikan reaksi positif menjelang penerbitan data sektor buruh NFP yang akan diterbitkan pada 2 Julai (Khamis), sehari lebih awal daripada kebiasaan berikutan cuti hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Jangkaan pasaran adalah 3 juta kerja baru untuk bulan Jun, kenaikan daripada 2.5 juta kerja baru yang dilaporkan pada bulan Mei. Data pengganguran dijangka turun ke 12.3% berbanding 13.3% pada bulan Mei. Data gaji per jam dijangka akan terus menunjukkan volatiliti tinggi berikutan sektor buruh yang masih belum benar-benar stabil.

Pasaran turut dilihat menyambut baik dengan laporan tinjauan pendapat pemilihan Presiden Amerika dengan calon Demokrat Joe Biden mendapat sokongan 50% pengundi berdaftar berbanding dengan Presiden Donald Trump  yang hanya mendapat 40.4% sokongan. Sejarah setakat ini menunjukkan bahawa pasaran memberi reaksi positif terhadap kemungkinan Presiden Amerika Syarikat adalah daripada calon Parti Demokrat yang lebih mesra kepada ahli perniagaan.

EURUSD kini didagangkan dalam keadaan julat yang semakin mengecil sejak dari 2 minggu lepas. Ia masih kekal kukuh di atas 1.1200, yang kini merupakan paras support psikologi. Support seterusnya berada di antara kluster 1.1167-1.1160 yang merupakan harga terendah sejak 19 Jun dan juga paras 200MA 4H. Resistant terdekat terletak di 50MA 4H di 1.1243 diikuti resistant di 1.1287 (harga tertinggi 29 Jun) dan 1.1348 (harga tertinggi 23 Jun). Bentuk segitiga (triangle pattern) juga dilihat terbentuk buat masa sekarang yang memberikan bayangan bahawa satu ledakan volatility adalah dijangka dalam masa terdekat. Indikator momentum RSI juga dalam keadaan hampir neutral, yang menunjukkan bahawa Bull dan Bear masih menanti masa yang sesuai untuk serangan seterusnya.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.