USOIL: Inventori Simpanan US Melonjak, Bear Tersenyum Lebar

USOIL merosot semalaman berikutan sentimen negatif yang menghantui pasaran terutamanya dalam sektor minyak mentah. Bursa US dan Asia merosot, harga bon meningkat selepas kenaikan mendadak kes Koronavirus di Amerika Syarikat. Ditambah pulak dengan kenaikan mendadak inventori simpanan minyak US. Ini menyebabkan para pelabur bimbang akan permintaan terhadap minyak mentah jatuh mendadak dan harga minyak mentah USOIL jatuh teruk 5% berbanding sesi semalam.

  • USOIL kini didagang di sekitar $37.60, jatuh dari paras tertinggi yang dicatat pada 23 Jun $41.57.
  • Ianya mencapai paras terendah minggu ini pada awal pagi 25Jun di $37.26.
  • Paras ini merupakan kluster support yang penting yang juga berhampiran dengan paras support klasik di $37.06.
  • Paras S1 pivot menjadi benteng support seterusnya di $36.65 sekiranya bentenfg kluster awal gagal bertahan.
  • Untuk bull kembali menguasai semula harga USOIL, ia perlu melepasi kluster resistant harian di daily pivot $38.57 yang mana agak hampir dengan MA-200 H1.
  • Paras rintangan seterusnya berada di kluster R1 pivot ($39.87) yang juga berhampiran dengan harga tertinggi 24 Jun ($40.48).
  • RSI-14 H1 kini berlegar berhampiran dengan paras oversold dan dijangka terus menurun.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.