AUDUSD: Kekal Diatas 0.6900 Selepas Kesilapan Navarro

Analisa Sentimen

AUDUSD mengalami kejutan di awal pagi apabila penasihat Navarro mengumumkan perjanjian US-China ditamatkan. Namun beliau membuat u-turn semula dengan mengatakan kenyataan beliau telah ditafsirkan di luar konteks yang sepatutnya. Presiden Trump turut memberi ciapan Twitter mengatakan hubungan dagang antar US-China kekal kukuh. Keadaan sentimen semasa turut agak pulih di mana kadar jangkitan baru Covid-19 di US dan China agak terkawal. Di samping itu, USD turut gagal mengekalkan momentum kenaikan yang dicatatkan minggu lepas. Ini membolehkan pengukuhan AUD dan matawang komoditi lain berbanding USD.

Analisa Teknikal

AUDUSD kini didagang positif di atas paras 0.6900. Ia didagang di 0.6920 (pada ketika artikel ditulis). Resistant terdekat berada di harga tertinggi minggu lepas di 0.6977. Harga 0.7000 merupakan paras psikologi yang penting, momentum Bull harus melepasi paras ini sekiranya ianya ingin terus mengukuh. Resistant 0.7063 yang merupakan paras tertinggi dalam 11 bulan merupakan paras resistant yang sangat kukuh. Support terdekat berada di kawasan MA50-H4 berhampiran 0.6870 diikuti paras support 0.6808 yang merupakan harga terendah minggu ini.

Pergerakan indikator RSI-14 masih lagi berlegar di atas paras 50. Ia masih belum mencapai paras overbought dan pergerakannya agak mendatar.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.