CADJPY Mencecah Paras Tertinggi Sejak Mac 2020

Pemulihan harga minyak dan keadaan sentimen pasaran yang semakin baik membantu peningkatan harga CADJPY untuk bulan Jun. Setakat ini, CADJPY telah naik hampir 11% dari harga terendah 73.80 yang dicatat pada bulan Mac 2020.

OPEC dan rakan pengeluar lain telah bersetuju untuk meneruskan potongan pengeluaran minyak sebanyak 10 juta tong sehari sehingga ke akhir Julai. Inin dijangka memberi sokongan kepada matawang CAD yang berkadar langsung dengan harga minyak mentah.

Dari sudut teknikal, CADJPY kini didagang di sekitar 81.50. Ianya berada tepat di kawasan support become resistant di 81.56. Kawasan ini merupakan halangan yang kukuh. Paras resistant seterusnya berada di kawasan 78.60% fib retracement iaitu 82.39 diikuti 88.1% fibo di 83.43. Paras tertinggi untuk tahun 2020 adalah di harga 84.73. Paras uspport terdekat kini berada di kawasan 61.80% fibo retracement pada harga 80.56 dan diikkuti dengan support di 50% fibo pada harga 79.26.

Momentum pergerakan harga untuk CADJPY agak kuat seja awal bulan Jun 2020. Walaubagaimanapun, ianya dijangka mengalami sedikit retracement sebelum melakukan kenaikan semula. Ianya disokong oleh aras RSI-14 kini berada di atas zon overbought di paras 76.80 dan menunjukkan kemungkinan formasi bearish divergence. Ianya hanya akan teraku sekiranya tedapat sebarang formasi reversal candlestick pattern.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.