Indeks Dow Jones Futures (US30) Mengukuh Disebalik Isu Geopolitik

Analisis Sentimen

Indeks Hadapan Dow Jones (US30 Futures) menokok pada hari Isnin. Pasaran saham US berjaya melonjak disebalik tabir tunjuk perasaan di US, impak Covid-19 dan prospek ketegangan semula hubungan dagang di antara US dan China.

US30 berjaya mengukuh berikutan para pelabur semakin yakin bahawa pandemik Covid-19 telah melepasi tahap kemuncak dan kini semakin pulih. Dengan pelan ransangan stimulus baru dijangka diumumkan oleh kerajaan Amerika pada Julai, pasaran saham dijangka akan terus disokong untuk masa kini.

Walaubagaimanapun, perhatian harus diberi terhadap isu ketegangan dagangan US-China yang mungkin akan meletus semula. Presiden Trump belum membuat apa-apa tindakan buat masa sekarang berhubung isu rang undang-undang baru China ke atas hong Kong. Terdapat juga laporan bahawa pegawai kerajaan China mengarahakan syarikat china untuk memberhentikan pembelian stok pertanian dari US. Sekiranya presiden trump bertindak balas melalui kenyataan beliau di Twitter atau media rasmi, ia akan memberi kesan negatif kepada pasaran saham US secara langsung.

Analisa Teknikal

Indeks US30 kini didagang di atas paras 25,000 untuk hari ke-5 berturut-turut. Ianya berjaya melakukan pecahan pada 27 Mei selepas US30 berada dalam keadaan mendatar (sideway) di antara julat 23,000-25,000 selama 30 hari dagangan.

Paras Fibo retracement 61.8% turut dipecahkan. Ianya kini menjadi support pada 25,147. Paras support seterusnya berada di fibo retracement 50% di 23,795. Paras resistant terdekat kini berada di 200-MA paras 26,280 diikuti paras fibo 78.6% 27,073.

Analisa Candlestik menunjukkan bahawa formasi Harami ataupun Inside Bar telah terbentuk dan masih lagi belum dipecahkan, ini memberi bayangan bahawa US30 mungkin akan bergerak secra sideway buat sementara waktu sehingga formasi ini berjaya dipecahkan. Indikator RSI-14 masih menunjukkan momentum ke atas dan masih lagi belum mencecah zon overbought.

Berita penting minggu ini: Penerbitan data NFP dijangka memberi impak kepada pergerakan US30.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.