GBPUSD terus mengukuh berikutan sentimen pasaran yang positif, ia disumbangkan oleh laporan awal ujian vaksin Covid-19 yang agak baik. Syarikat faramseutikal US Moderna melaporkan ujian awal vaksin menunjukkan subjek ujian vaksin telah berjaya menghasilkan antibodi untuk Covid-19.
Meskipun data sektor buruh UK amat buruk dimana kadara ‘claimant count rate’ meningkat ke 5.8% dari 3.5% dan ‘Claimant Count Change’ bertambah ke 856.5K berbanding konsesus 150K. GBP kelihatan tidak terkesan daripada penerbitan data ini.
Dari sudut teknikal harian, GBPUSD hari ini telah mencapai paras R1 pivot di 1.2255 yang kini merupakan resistant terdekat. Paras MA200-H1 juga berada berhampiran 1.2270. Julat kawasan ini merupakan kawasan resistant yang kuat untuk ditembusi. paras resistant seterusnya berada di R2 Pivot 1.2318. Kawasan support intraday terdekat kini berada di 1.2226 yang merupakan paras tertinggi Isnin (Resistant become Support). Ianya diikuti dengan paras Support di Daily Pivot 1.2163 yang juga berhampiran dengan MA50-H1.Paras RSI-14 H1 kini berada hampir dengan zon overbought (data semasa 69).
Kelemahan USD berikutan sentimen semasa yang positif memberi peluang untuk GBP kembali mengukuh. sila perhatikan sekiranya terdapat sebarang pertukaran sentimen pada awal sesi dagangan New York.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.