Menjelang Mesyuarat ECB

Selepas BoJ dan FED, mesyuarat dasar penting minggu ini adalah ECB esok. Namun, mari kita buat rangkuman kecil di mana Eropah berdiri sekarang.

Seperti yang dilaporkan minggu lalu, negara-negara Eropah perlahan-lahan mulai meredakan sekatan virus dan sementara ekonomi terus menyesuaikan diri dengan keadaan baru, nenberikan sedikit cahaya di hujung terowong. Di UK, PM Johnson telah kembali ke Westminster setelah pulih dari Covid-19 dan sementara dia, serta para pemimpin Eropah yang lain, mengingatkan semua agar berhati-hati, bahawa kita mungkin telah menyaksikan jumlah kematian terburuk pernah terjadi. Sementara itu, para pemimpin EU telah bersetuju meluluskan dana pemulihan yang besar, dan walaupun terdapat rundingan sukar mengenai perincian yang akan datang, ini akan membantu mengekalkan harapan pemulihan pada tahun 2021.

Para pemimpin EU pada dasarnya bersetuju dengan dana pemulihan besar bernilai 1 hingga 1.5 trilion Euro untuk membiayai langkah-langkah rangsangan yang dirancang untuk meningkatkan pemulihan setelah lockdown. Namun begitu, belum ada persetujuan mengenai bagaimana pakej itu akan kelihatan. Suruhanjaya Eropah berjanji akan mengemukakan cadangan terperinci dan nampaknya akan ada fokus kepada pinjaman dengan kadar faedah rendah, dan bukan pemindahan peruntukan kepada negara seperti yang diharapkan oleh negara-negara seperti Sepanyol dan Itali. Halangan lain untuk kesepakatan yang pantas adalah persoalan bagaimana wang akan dibahagikan dan perbezaan di antara negara-negara Eropah selatan, yang paling teruk dilanda krisis, dan negara-negara Eropah timur, seperti Poland dan Hungaria, yang setakat ini menjadi penerima utama dana serantau EU.

Dengan latar belakang ECB mengurangkan peraturan cagaran sekali lagi pada minggu lalu, dan penyediaan mudah tunai “kalis virus” di Zon Euro.

ECB kini dijangka mengekalkan kadar yang stabil pada mesyuarat majlis untuk bulan April pada hari Khamis. Langkah-langkah bantuan telah ditetapkan untuk menaikkan kadar defisit dan hutang dengan mendadak dan ECB fokus untuk mengawal tahapnya, dengan program PEPP membenarkan pemuatan pembelian aset hadapan. Sesetengah pihak mengharapkan program PEPP dipanjangkan untuk mendorong penyeimbangan baki buku dan mengagihkan pemegangan aset mengikut modal kunci, tetapi walaupun itu jelas kemungkinan, kami mengharapkan bank pusat akan menyimpan pilihan tersebut untuk kemudian hari sekiranya diperlukan. Sementara itu, peraturan jaminan telah dilonggarkan lagi, dengan ECB memberi komitmen untuk melindungi mereka yang kehilangan status pelaburan mereka kerana krisis.

Fakta bahawa Itali terlepas dari penurunan penarafan peringkat pada minggu lalu telah membantu ECB dalam usahanya untuk mengekalkan kadar spread yang rendah, walaupun seperti yang telah dilakukan dengan Greece, bank pusat juga akan mengabaikan penilaian kredit Itali yang rendah dalam langkah krisisnya, jika terbukti perlu .

Tetapi kadar spread zon Euro semakin meluas, ketika intinya menguat pada minggu ini, sementara BTP Itali habis terjual setelah Fitch menurunkan penilaian kredit negara ke BBB- dengan prospek yang stabil. Walau bagaimanapun, program pembelian bon ECB diharapkan dapat mengekalkan Itali stabil walaupun terdapat penurunan lebih lanjut.

Mesyuarat dasar tersebut tidak diharapkan dapat memberikan banyak pengaruh ke arah EURUSD, kerana FED dan ECB sudah menjalankan polisi matawang longgar yang agresif dan tidak diharapkan dapat mengubah pengaturan yang berlaku (selain mungkin merupakan lanjutan dari program pembelian bon kecemasan baru di kes ECB) sambil mengulangi panduan “lakukan apa yang diperlukan”

Setakat artikel ini ditulis, EURUSD pada mulanya naik lebih dari 50 pip ke tahap tinggi pada 1,0868, tetapi berubah menjadi 1,0848 pada jangkaan pengumuman Fed hari ini. Ia kekal selesa di bawah ketinggian 9 hari semalam pada 1.0890. Pergerakan harga ini seiring dengan penurunan USDIndex yang menyusut rendah ke paras terendah pada 99.54 setelah ditutup semalam di New York pada 99.87.

Kenaikan yang telah dilihat oleh EURUSD minggu ini telah meletakkan pasangan matawang ini ke arah tahap pertengahan dari paras yang tidak menentu yang dilihat semasa puncak panik pasaran global pada bulan Mac, yang ditandakan oleh 1.0637 pada penurunan dan 1.1494 pada kenaikan.

Peningkatan tajam dalam keuntungan hasil Dolar yang dilihat pada bulan Mac berhenti sejenak pada awal April, ketika Fed menurunkan semua kenaikan kadar yang dari akhir 2015 hingga tahun lalu, , dengan perbezaan hasil Perbendaharaan/Bund sejak itu terus stabil . Ia boleh dianggap, EURUSD cenderung tidak memiliki bias arah yang jelas, walaupun risiko tampaknya cenderung ke bawah berikutan tekanan politik di dalam EU.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu