Selamat datang ke agenda mingguan kami, taklimat kami mengenai semua peristiwa kewangan utama di seluruh dunia. Minggu hadapan dijangka menjadi tumpuan utama, kerana tiga daripada Bank Pusat – Fed, BoJ dan ECB – akan mengumumkan keputusan kadar faedah mereka dan mengadakan sidang media dasar. Perhatian pasaran akan didominasi berapa dalam impak terhadapa ekonomi global dari krisis COVID-19.
Isnin – 27 April 2020
- Unemployment Rate (JPY, GMT 23:30) – Data ‘Japanese unemployment rate’ untuk Mac dijangka naik ke 2.5% dari 2.4% pada bulan lepas.
Selasa – 28 April 2020
- Interest Rate Decision & Press Conference (JPY, GMT 03:00 & 06:00) – BoJ akan bermesyuarat selam sehari. Mesyuarat ini dijangka tidak mendorong Yen menyusut lebih rendah, sekurang-kurangnya secara berkelanjutan, di mana pasaran global tetap dalam keadaan berhati-hati berkaitan dengan ‘lockdown’ global yang disebabkan oleh wabak koronavirus. BoJ dijangka mengekalkan kadar, sementara kita mungkin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan berita pembelian bon kerajaan tanpa had (had JGB semasa untuk bank pusat adalah 80 juta setahun) yang dilaporkan minggu lalu oleh akhbar Nikkei. Nikkei juga melaporkan bahawa bank pusat juga boleh menggandakan sasaran pembelian untuk kertas komersial dan bon korporat. Kejelasan lebih lanjut diperlukan kerana BoJ telah mencapai sasaran 0% tanpa memerlukan pembelian JGB tanpa had.
- Consumer Confidence (USD, GMT 14:00) – Keyakinan pengguna dijangka jatuh ke paras terendah 4 tahun pada tahap 100.0 untuk bulan April dari tahap rendah 3 tahun pada paras 120.0 pada bulan Mac. Semua ukuran keyakinan pengguna hampir di paras tertinggi dalam sejarah sebelum dihancurkan oleh COVID-19, dan walaupun dengan penurunan besar, keyakinan pengguna masih stabil berbanding kemelesetan ekonomi sebelum ini.
Rabu – 29 April 2020
- Consumer Price Index and Core (AUD, GMT 01:30) – CPI Q1dijangka turun hingga 0,2% berasaskan suku tahun dibandingkan dengan pertumbuhan 0,7% pada Q4 2019. Data dapat mencerminkan aspek deflasi dari perang harga minyak Arab Saudi-Rusia, serta beberapa kesan dari coronavirus dan langkah penutupan aktiviti ekonomi.
- Harmonized Index of Consumer Prices (EUR, GMT 12:00) –German HICP inflasi awal untuk bulan Mac dijangka menurun, pada 0.8% y/y dari 1.3% y/y.
- Gross Domestic Product (USD, GMT 12:30) – Kadar pengecutan KDNK telah diramalkan pada -4.5% pada Q1 dan -26% pada Q2, menunjukkan penurunan yang jauh lebih besar dalam data bulan Mac, yang menyumbang kepada kelemahan ke Q1, di samping penurunan andaian pembukaan semula ekonomi pada Q2 untuk bulan Mei dan Jun.
- Interest Rate Decision & Press Conference (USD, GMT 18:00) – Suntikan tunai Fed sangat penting dan telah membantu mengehadkan tekanan aliran tunai dari akhir Februari, awal Mac. Terdapat penekanan khusus pada akhir suku juga, untuk memastikan tidak akan ada masalah tunai untuk terus menggoyahkan sistem. Fed telah berjaya dalam langkah-langkahnya untuk meredakan tekanan sehingga Fed telah mengurangi jumlah pembelian langsung, sementara permintaan untuk repos telah mereda.
Khamis – 30 April 2020
- Unemployment data (EUR, GMT 07:55) –‘German unemployment rate s.a.’ untuk April dilihat tinggi di 5.2% berbanding 5% pada bulan lepas.
- Gross Domestic Product (EUR, GMT 09:00) – KDNK Q1 Zon Euro dijangka menunjukkan penurunan drastik ke -2,7% y/y dan -3,2% q/q, kerana impak dari Covid-19 telah jelas meningkatkan risiko kemelesetan.
- Consumer Price Index and Core (EUR, GMT 09:00) – Inflasi HICP Mac disahkan pada 0.7% y/y, sejajar dengan angka awal dan turun dari 1.2% y/y pada bulan sebelumnya. Untuk data awal bulan April, ia dijangka menurun kepada 0.1% y/y dengan teras pada 0.8% y/y dari 1% bulan lalu.
- Interest Rate Decision & Press Conference (EUR, GMT 11:45 & 12:00) – Pegawai ECB telah mengambil langkah penting dalam usaha melindungi pasaran dan peruntukan kecairan ketika ekonomi menghadapi kemelesetan dalam tahun ini. Langkah-langkah bantuan telah ditetapkan untuk meningkatkan tingkat defisit dan hutang dengan drastik dan ECB kekal fokus untuk menjaga kestabilan pasaran, dengan PEPP memungkinkan pembelian aset di depan. Pada masa yang sama peraturan jaminan telah dilonggarkan, bon Greek kini dimasukkan ke dalam program pembelian aset. Dengan latar belakang itu, kami tidak mengharapkan tindakan tambahan ketika mesyuarat 30 April, tetapi komitmen tegas untuk menjaga kestabilan sistem zon Euro dan mengambil tindakan tambahan jika perlu.
- Jobless Claims (USD, GMT 12:30)– Tuntutan pengangguran awal AS turun -810k kepada 4,427k pada minggu yang berakhir pada 18 April berikutan penurunan -1,378k kepada 5,237k (adalah 5,245k) pada minggu 11 April. Sekiranya penurunan tuntutan awal mingguan berterusan, ini dapat menunjukkan bahawa situasi yang terburuk mungkin akan berakhir, dan langkah-langkah dasar fiskal mempunyai beberapa kesan pengurangan terhadap kehilangan pekerjaan.
Jumaat – 01 May 2020
- LABOR DAY
- ISM Manufacturing (USD, GMT 12:30) – Indeks ISM dijangka jatuh ke 36.0 pada bulan April dari 49.1 pada bulan Mac, berbanding dengan ketinggian 14 tahun pada tahap 60.8 pada bulan Ogos 2018 dan tahap kemelesetan pada tahap 34.5 pada bulan Disember 2008. Laporan sentimen pengeluar April yang tersedia telah menlaporkan impak besar melanda kilang dari penutupan mandatori, di atas permintaan yang awalnya berkaitan dengan wabak, dan harga minyak menjunam dengan perang harga OPEC.
Andria Pichidi
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu