CHF Mengikut Jejak CAD, kini di kawasan harga bulanan

CHFJPY


Sama seperti USDCAD, yang kini hampir 4 minggu dalam fasa menguji kawasan penting harga bulanan (multi-month level), Swiss Franc turut dilihat menghampiri kawasan Q1 2019 berbanding Yen dan US Dollar. CHFJPY mencatatkan kenaikan hampir 300 pip sejak 4 minggu lepas dari paras 108.80 ke 111.84, hanya sedikit rendah dari lingkungan harga 112.00-112.50 yang merupakan paras resistance. Paras ini merupakan titik tengah untuk penurunan dari November 2018 ke Januari 2019, di mana secara teknikal merupakan kawasan yang penting dan kita mungkin dapat melihat kemungkinan ‘pullback’ di kawasan ini. Kawasan ini dilihat agak kukuh pada minggu ini, di mana harga gagal melepasi untuk hari ke-6 berturut-turut untuk sebarang momentum kenaikan di atas paras pivot 111.84.

Walaupun pergerakan agak bergolak, petunjuk momentum jangka sederhana menunjukkan peningkatan bias positif yang stabil dengan peningkatan RSI selama 4 bulan. Ia kini berada di atas 60 dalam basis harian dan mingguan (daily & weekly), tanpa sebarang tanda-tanda pembalikan yang signifikan yang dapat menekan harga ke bawah.

Garis MACD mingguan (weekly) menaik di atas paras neutral, dengan ‘signal line’ memaparkan ‘bullish cross’, manakala garisan MACD harian (daily) turun lebih rendah, menunjukkan bahawa kenaikan akan menjadi perlahan dalam jangka masa terdekat, sebelum sebarang percubaan untuk menyokong harga ke atas lagi.

Oleh itu, pembentukan uptrend 4 minggu dengan siri candlestick yang positif menyokong harga ke lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, pullback/konsolidasi dapat dilihat dalam tempoh terdekat. Dari segi fundamental, Yen mungkin terus berada di bawah tekanan kerana sentimen risk-on di pasaran global dijangka membuatkan pelabur Jepun keal yakin dalam pelaburan luar negara, manakala pergerakan Swiss franc agak bertentangan berbanding pasaran saham global. Sejak akhir ini, Swiss franc dapat dilihat tidak seiring dengan aliran pasaran saham global mata wang mengekalkan fungsi bersejarahnya sebagai unit selamat walaupun terdapat kadar deposit sebanyak -0.75% di Switzerland.

Formasi downtrend selama 3 minggu dengan siri candlestick yang negatif dimana memberi tekanan kepada harga untuk turun lebih rendah. Sebarang gerakan harga yang penting di atas paras 112.00, mungkin memberi impak momentum yang positif dengan kemungkinan pergerakan harga menjangkau kawasan 113.00. Paras lantai terdekat dapat dilihat di kawasan confluence 38.2% fibo level dan 20-Daily SMA di 110.50.

Perhatian harus diberikan kepada sebarang kemungkinan berikutan pasaran akan bercuti menjelang Krismas dan musim cuti hung tahun

Tekan di sini untuk akses ke calendar ekonomi HotForex

Andria Pichidi

Market Analyst

HotForex

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.