BREXIT: GBP Sedikit Suram Di Sesi Eropah

GBP tertekan di sesi dagangan Eropah berikutan berita yang agak kurang menyenangkan para pelabur. Parti Sekutu Kerajaan, Parti DUP dilaporkan enggan menyokong sebarang kemungkinan rundingan di dalam terma perjanjian Brexit. Tindakan Parti DUP ini dilihat berpotensi memberi impak besar terhadap rundingan Brexit. Sekain itu, sumber berita turut melaporkan bahawa rundingan Teknikal Brexit turut menemui jalan buntu.

GBPUSD jatuh lebih 100 pips dari paras tertinggi hari ini 1.2786 ke paaras sekarang 1.2706. Dengan sentimen yang semakin negatif, penurunan harga adalah kemungkinan yang besar.

Paras support H1 terus kekal di MA50 1.2660 diikuti paras setrusnya 1.2500. Manakala resistance kekal di paras tertinggi hari ini iaitu 1.2786.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.