Sentimen Positif Terus Menekan Japan Yen

Sentimen pasaran terus menekan Yen ke paras rendah. Aliran berita yang positif daripada rundingan dagang US-China membantu meningkatkan harapan bahawa sesuatu yang baik akan dapat dicapai. Presiden Trump mengulas bahawa rundingan menunjukkan kemajuan yang sangat bagus.

USDJPY terus meningkat dan mencapai paras tertinggi hari ini di 108.13 sebelum susut sedikit ke 107.95. MA50 menunjukkan pergerakan ‘golden cross’ melepasi MA200. Paras 107.75 merupakan support terdekat diikuti 107.65 yang merupakan paras harga MA50 dan 107.50. Paras resistance terdekat ialah di kawasan julat harga 108.17 dan 108.25.

GBPJPY melonjak 300 pips semalam selepas berita positif pertemuan PM Boris dan rakan sejawat dari Ireland. Mereka melihat kemungkinan akan ada pelan alternatif untuk isu sempadan Ireland. Isu sempadan ini merupakan masalah utama untuk mencapai persetujuan perjanjian Brexit.

GBPJPY kini telah mencecah paras resistance 134.60 dan kini susut sedikit ke 134.35. Selepas kenaikan yang agak besar semalaman, para pelabur dijangka akan mengambil untung dan mungkin menyebabkan pasangan matawang ini susut sedikit. Paras support seterusnya adalah di 133.86 diikuti 133.35. MA50 juga menunjukkan pergerakan ‘golden cross’ melepasi MA200 di awal sesi Asia.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.