USOil Kini Berada di Kawasan Harga Yang Penting.

US Oils kini didagangkan di atas paras yang penting dan mencecah $59 setong pada petang ini. Harga kini berada di atas paras 50% fibonacci retracement daripada penurunan harga $66.57 ke $50.58 (April ke Jun 2019). USOil turut didagang di atas 50 Daily MA dan 200 Daily MA.

Untuk mengesahkan bahawa momentum bullish USOil kekal, ia perlu melepasi paras harga tertinggi $60.25 yang dicatatkan pada 1 Julai lepas.  Zon harga tersebut turut merupakan kawasan resitant yang kukuh. Paras fibonacci retracement 61.8% adalah pada $60.46. Kawasan Support yang kukuh adalah di $58.00 (zon harga DMA 50 & 200), $55.97 (harga terendah 3 Julai) dan kawasan resistant become support di $54.77.

Data EIA Crude Oil Stocks Change pada malam ini merupakan data penting. Data dijangka menunjukkan pengurangan simpanan stok berbanding minggu lepas.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.