Berita Pasaran & Data Penting: Pembukaan Pasaran Eropah

5 Berita Menarik Untuk Sesi Pasaran Eropah

Menjelang pembukaan pasaran Eropah, berikut adalah ringkasan perkara penting yang anda perlu tahu untuk hari ini Selasa 9 Julai 2019.

  1. USD kekal kukuh berikutan tiada data ekonomi yang memberi impak serta pasaran menantikan ucapan Gabenor Fed Powell dan akan memberi perhatian kepada sebarang penunjuk daripada beliau mengenai kemungkinan pemotongan kadar faedah
  2. EURO dan GBP turut tidak banyak bergerak berikutan tiada data utama untuk semalam dan hari ini.
  3. AUD tertekan berikutan data Business Confidence yang kurang baik. JPY & CHF agak Neutral memandangkan sentimen pasaran agak tenang buat masa sekarang
  4. USOILS kekal sideway di atas $57 setong dan GOLD sedikit lemah berikutan pengukuhan USD.
  5. Menarik hari ini: FED Powell akan berucap pada 10.45 malam waktu Malaysia.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.