Data NFP US dan sektor gaji yang positif pada Jumaat lepas terus memberi momentum kepada USD dan tekanan kepada pasangan matawang EURUSD kekal ke bawah. Data Industrial Production Germany turut menyusut kepada -3.7% berbanding -2.3% pada bulan lepas, data seterusnya adalah Sentix Investor Confidence untuk Zon Euro.
Walaupun pasaran menjangkakan FED akan memotong kadar faedah pada penghujung Julai sebanyak -0.25%, ECB dijangka akan terus mengekalkan pendirian dovish mereka dengan bekas ketua IMF C.Lagarde dipilih menggantikan Presiden ECB Draghi pada penghujung Oktober.
Buat masa sekarang, EURUSD masih lagi tertekan dan didagangkan di kawasan 1.1250, hanya sedikit tinggi dari paras terendah Jumaat lepas 1.12070 (merangkap support yang kukuh). Manakala daily pivot 1.12390 merupakan kawasan resistant yang kukuh.
Tiada data utama untuk Eurozone dan US pada hari ini (Isnin) dan Selasa. Pergerakan harga untuk EURUSD dijangkakan akan bergerak menurut aliran teknikal pasaran.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst, HF Educational Office Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam laporan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk ber’leverage’ mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.