Menjelang Data NFP US, Penentu Polisi FED Pada Mesyuarat FOMC

Data sektor buruh iaitu Non Farm Payroll untuk bulan Julai merupakan data yang paling kritikal untuk menentukan halatuju USD menjelang mesyuarat FOMC pada penghujung bulan.

Data NFP dijangka bertambah ke 170k, naik dari 75k pada bulan May. Data ‘unemployment rate’ dijangka kekal 3.6% manakala ‘Average hourly earnings’ dijangka bertambah ke 0.3% m/m dan 3.2% y/y. Sekiranya data sebenar seiring dengan anggaran pasaran. USD dijangka disokong kukuh dan kekal positif. Melainkan laporan menunjukkan angka yang lebih rendah- pasaran djangka menggunakan data NFP bulan ini sebagai asas dalam menjangkakan mesyuarat FOMC Julai hanya akan memotong kadar sebangak 0.25% sahaja.

Sekiranya data NFP seperti yang dijangkakan, USD index dijangka akan mencuba menguji resistance di 50 Day MA pada 97.00. Harga USD index kini berada pada 96.50, sedikit tinggi dari 200 Day MA (96.40)

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst, HF Educational Office Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam laporan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk ber’leverage’ mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.