US Dollar Mengukuh Selepas Persidangan G-20

US Dollar mengukuh selepas persidangan G-20 pada hujung minggu berikutan persetujuan US-China untuk menyambung rundingan dagangan dan US berjanji tidak akan menaikkan tarif baru ke atas produk China. Ini memberi impak positif kepada pasaran di mana hari ini (1 Julai) menyaksikan US Index mengukuh dan matawang USD turut mengukuh berbanding matawang utama dunia.

Fokus utama kini terarah kepada ekonomi dalaman US dalam mencari halatuju US Dollar. Para pelabur kini menunggu data ISM PMI pada Isnin malam untuk sebarang penunjuk keadaan ekonomi US. Data sektor buruh (NFP) pula akan menjadi penanda aras utama apakah tindakan FED terhadap polisi matawang pada mesyuarat FOMC di penghujung bulan.

Dari sudut teknikal carta 4H, USD-Index kini didagang di atas paras 96.00 dan berjaya melepasi paras 4H 50-moving averages. 96.40 merupakan resistance yang kukuh di mana ia turut berada dalam lingkungan 50%-61.8% fibonacci retracement. 96.80 adalah resistance yang berikut. Manakala 95.90 merupakan paras support terdekat dan 95.55 merupakan support yang berikutnya.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.