Perkembangan Polisi Terkini
Pada minggu lepas, Federal Reserve telah merubah intonasi polisi mereka kearah ‘Dovish”. Fed telah mengeluarkan ayat “patient” (kesabaran) dan kini menegaskan bahawa “mereka akan meneliti dengan lebih dekat berkenaan informasi yang akan datang untuk keadaan ekonomi dan akan bertindak sewajarnya untuk mengekalkan perkembangan ekonomi”. Fed juga mengakui bahawa ekonomi kini tumbuh dengan ‘moderate’ berbanding ‘solid’ pada mesyuarat May dan jangkaan inflasi telah menurun dan kebimbangan terhadap perkembangan pasaran telah meningkat.
Pasaran kini meramalkan bahawa Fed akan memotong 0.25% pada mesyuarat Julai, Deptember dan Disember. Menjadikan jumlah potongan kadar faedah 0.75% untuk 2019.
Siapa Pemenang?
Tindakan Fed ini memberikan tekanan kepada USD dan USD index terus menjunam ke paras lebih rendah. Walaupun EURUSD berjaya mengukuh dan kini menghampiri paras 1.14000. Ia mempunyai risiko yang tinggi untuk menurun semula berikutan kemungkinan ECB turut memotong kadar faedah. Pada minggu lepas, Draghi telah memaklumkan bahawa ECB masih mempunyai ruang untuk bertindak bagi memacu perkembangan ekonomi. Para penganalisis menjangkakan ECB akan memotong kadar sebanyak 0.20% dan mungkin menjalankan semula QE menjelang September.
Kelemahan USD dan Euro mungkin memberi peluang kepada pedagang untuk menumpukan perhatian kepada matawang yang mempunyai potensi untuk mengukuh iaitu Norway Krone. Bank Pusat Norway iaitu Norges Bank telah menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% pada Khamis lepas, menjadikan kadar terkini 1.25%. Pasaran menjangkakan kemungkinan 70-80% kenaikan kadar pada bulan September. Pendekatan ‘dovish’ Draghi dilihat tidak memberi kesan kepada Norges Bank dalam menetapkan polisi mereka.
Selain itu, JPY dan CHF dijangkakan mengukuh berbanding USD berikutan kebimbangan para pelabur terhadap isu semasa di pasaran dan kelembapan ekonomi dunia. Perjumpaan antara Presiden Trump dan Presiden Xi di siding G20 dijangka berakhir dengan intonasi positif. Walaubagaimanapun, pasaran tetap menjangkakan Presiden Trump akan mencari jalan untuk terus menekan China dalam isu import dan eksport. Terkini, US telah menyenarai hitam 5 syarikat China dari membeli bahan/peralatan buatan US dan senarai ini dijangka akan terus bertambah. Ketegangan Geo-Politik US-Iran turut dijangka menarik para pelabur terhadap matawang safe haven dalam jangka pendek.
Sekian untuk ulasan fundamental kali ini, selamat berdagang dan sila jaga risiko dagangan anda.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.