NZDUSD Agak Positif Berikutan Keadaan Pasaran Yang Tenang

NZDUSD membuka pasaran pada hari Isnin 17 Jun 2019 dengan kenaikan sebanyak 20 pips, berikutan keadaan pasran yang agak tenang. Ia mengalami kejatuhan yang agak besar pada minggu lepas selepas keadaan panik di pasaran berikutan data ekonomi China yang lemah dan pengukuhan Dollar US.

Pada ketika ini, harga masih cuba melepas paras Daily Pivot pada harga 0.65154. Sekiranya Dilay Pivot Berjaya diatasi, paras resistance yang kukuh 0.65250 merupakan halangan yang perlu diatasi. Paras harga ini turut berhampiran dengan 50 1hr-Moving Averages. Paras R1 pada 0.65440 merupakan resistant yang seterusnya.

Seandainya keadaan pasaran kekal tenang dan USD mengalami retracement. Kemungkinan untuk NZDUSD terus mengukuh adalah tinggi. Paras Support di 0.64870 juga merupakan harga terendah Jumaat lepas.

Pasaran masih lagi agak berhati-hati dengan sebarang komen tweeter dari Presiden Trump yang mungkin boleh mengubah sentiment pasaran dalam sekelip mata. Pertemuan Trump dengan Presiden China dijangka diadakan sewaktu mesyuarat G20 pada penghujung bulan. Sebarang berita positif mengenai isu perang dagang antara US/China akan memberi sokongan kepada matawang NZD.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst, HF Educational Office Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.