Berita Pasaran & Data Penting

Berita FX Hari Ini

  • “Risk aversion” atau sentiment pasaran yang negative kembali menghantui pasaran pada hari Khamis, di mana pasaran saham gagal mengekalkan peningkatan awal dan “yield” bon juga menyusut.
  • Pasaran Saham tertekan akibat pengumuman Presiden Trump bahawa Mexicoakan dikenakan 5% tarif yang akan meningkat secara berkala ke 25% dalam usaha membanteras pendatang haram.
  • Kesan daripada perang dagang semakin jelas apabila data China manufacturing PMI jatuh lebih dari jangkaan dan kini di dalam wilayah “contraction”. Ini menambahkan lagi tekanan kemungkinan ekonomi dunia menuju ke kemorosotan dan menyebabkan harga bon meningkat dan kadar pulangan (yield) 10tahun US Treasury jatuh -4.5 bp ke paras 2.168%.
  • WTI future jatuh ke harga $55.97 satu tong selepas EIA inventory data menunjukkan pengurangan stok sebanyak 300k bbl.
  • Pasaran hadapan Eropah turut menjunam seiring dengan pasaran hadapan US berikutan kelemahan pasaran sesi Asia.
  • Data hari ini adalah data inflasi German dan Itali yang mungkin memberikan pengesahan kemungkinan data Eurozone HICP akan jatuh di bulan May. Ini memberikan peluang kepada ahli ECB yang “dovish” untuk berhujah dalam mesyuarat minggu hadapan.

Carta Hari Ini

Sudut Teknikal

  • USDCAD – H1 – support kukuh di paras 1.3490 dan telah diuji di sesi awal dan kemundian mengukuh ke paras 1.3547 (HArga Tertinggi pasca BoC Rabu lepas) seiring dengan kejatuhan harga minyak. WTI jatuh ke $56.78, selepas kenaikan awal ke paras 59.20. Resistant seterusnya adalah di paras 1.3660-1.3664 (tertinggi 2019) manakala support di  3481 (harga terendah khamis).
  • USDJPY – H1 – gagal melepasi paras 109.90. Kembali didagang di bawah 109.00, seiring denga Wall Street yang menyusut. Dari sudut yang lebih besar, isu perang dagang dan risk off akan menghadkan kenaikan pasangan ini. Kawasan Support adalah antara 108.00-108.50.

Data Penting Hari Ini

  • Harmonized Index of Consumer Prices (EUR, GMT 12:00)– Data awal German HICP inflation untuk April melonjak  1% y/y dari 1.4% y/y. Walaubagaimanapun, data inflasi dijangka menurun kembali ke 1.5% y/y.
  • Personal Consumption Expenditures(USD, GMT 12:30) – Data April dijangka pada 0.3%. Ia juga dijangka menunjukkan kenaikan  3% dalamPCE chain price index berbanding kenaikan bulan lepas 0.2%, dan juga kenaikan 0.2% dalam core PCE.
  • Gross Domestic Product (CAD, GMT 12:30)–  Q1 GDP dijangka berkembang ke 1.2%, selepas agak perlahan pertumbuhan 0.4% di Q4 dari 2.0% di Q3 (q/q, saar).

Paras Support dan Resistance

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.