Mesyuarat Polisi Bank of Canada: Adakah Intonasi Akan Berubah?

Bank of Canada akan mengadakan mesyuarat polisi matawang mereka pada hari Rabu 29 Mei 2019 dan keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 10.00 malam waktu Malaysia. Para penganalisa meramalkan bahawa BoC akan mengekalkan kadar faedah pada 1.75% pada mesyuarat tersebut. Kadar semasa Overnight Indexed Swap (OIS) menunjukkan bahawa tiada sebarang kemungkinan perubahan faedah. Buat masa ini, OIS CAD menunjukkan kemungkinan sebanyak 40% BoC akan memotong kadar faedah mereka pada hujung tahun.

Walaupun BoC agak berhati-hati dalam penilaian ekonomi mereka, data ekonomi Canada menunjukkan unjuran yang positif untuk tahun 2019. Perkembangan ekonomi domestik agak stabil sejak mesyuarat pada bulan April. Dijangkakan BoC akan kekal denga polisi “forward guidance” di mana mereka akan menegaskan bahawa ekonomi berkembang mengikut unjuran bank pusat dan mereka kekal terbuka terhadapa kenaikan kadar faedah. BoC akan menekankan perkembangan dalam perbelanjaan domestic (household spending), pasaran minyak mentah dan ketidaktentuan pasaran global.

BoC dijangka memberi penekanan terhadap impak positif perjanjian USMCA di antara US, Canada dan Mexico. BoC juga dijangka memberi komen mengenai impak negatif perang dagang US dan China.

Secara keseluruhannya, sebarang komen positif Gabenor BoC mengenai sector buruh dan kenyataan optimis mengenai ekonomi Canada akan memberi sokongan kepada Canada Dollar untuk mengukuh. Dari sudut perbezaan polisi matawang, pasangan AUDCAD dan NZDCAD merupakan pasangan matawang yang menarik untuk didagangkan

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.