USDZAR Menjelang Hari Pilihanraya

USDZAR, Daily

Afrika Selatan akan memilih pada 8 May untuk ahli parlimen baru. Ekonomi negara tersebut terus menjadi perhatian dengan isu rasuah, salah guna kuasa dan bayang bayang bekas Presiden Jacob Zuma. Ekonomi negara tersebut merosot pada tahun 2018, hanya berkembang 0.8% untuk sepanjang tahun. Perkembangan ekonomi hanya meningkat 1.4% pada suku ke 4 selepas kenaikan setinggi 2.6% pada suku ke3. Kenaikan tahunan KDNK (GDP) pada 2017 adalah 1.4% dan telah berada di bawah paras 2% setahun sejak 2013. Kadar penggangguran kekal tinggi di atas 27% dan dengan populasai yang terus meningkat (36% adalah berumur bawah 25) ekonomi harus berkembang sebanyak 5-6% setahun untuk menurunkan kadar penggangguran ke paras 10%¹. Dengan kadar inflasi (kini di paras 4.1%) dan kadar faedah 6.75%. Presiden baru, Cyril Ramaphosa bergelut untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi. Kadar perlaburan dari Luar wtelah meningkat ke $7bln pada 2018 dari hanya $1.3bln pada 2017 dan Afrika Selatan kekal ekonomi terbesar di rantau Afrika.

Secara politik dan ekonomi, ESKOM adalah syarikat bekalan kuasa milik kerajaan memerlukan suntikan kewangan $5bln untuk membayar hutang. Ini menjadi beban kepada presiden baru. Isu bekalan elektrik yang terputus yang berlarutan berminggu-minggu menyebabkan rungutan dan usul untuk penswastaan dan memecahkan syarikat tersebut semakin kuat. isu ESKOM akan menjadi tumpuan utama dalam pilihanraya akan datang.

Secara teknikal, South African Rand (ZAR) telah bertukar arah pada April 2019. Gerakan “bullish” pada Q1 untuk USDZAR dari paras terendah January 13.2300 sehingga ke paras tertinggi Mac 28 14.7462 telah berundur dan kini sedang menguji paras 14.0000. Paras 20-harimoving average telah dipecahkan pada April 1 and 200-hari moving average & the MACD 0 Line selang 4 hari kemudian. Support di bawah seterusnya adalah di  13.7500 seiring dengan paras 61.8 Fibonacci level dan juga Weekly 200-period moving average.  13.6000 dan paras terendah 2019 di 13.2305 adalah paras sokongan seterusnya. Untuk kenaikan ianya memerlukan pemecahan zon yang rapat antara 20 dan 200-day moving averages serta 38.2 Fibonacci level sekitar 14.2000 sebagai zon resistant. Paras penting 14.0000 pivot adalah tumpuan utama berikutan hari pilihanraya semakin dekat.

 

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.