XAUUSD Terus Menjadi Pilihan Untuk Dagangan ‘Inflation Hedge’

XAUUSD terus mendaki tanpa menunjukkan sebarang belas kasihan terhadap bear. Di dalam dagangan yang agak nipis pada hari Isnin berikutan cuti Easter Isnin, Emas terus melonjak tinggi menghampiri paras psikologi $2000. Keadaan sentimen yang agak negatif berikutan situasi kawalan pergerakan (lockdown) di China yang semakin di luar kawalan dan krisis Ukraine-Russia yang terus berlarutan memberikan sokongan buat kenaikan harga emas. Dagangan emas kini dilihat lebih bersifat ke arah dagangan perlindungan kepada inflasi yang tinggi (inflation hedge). Meskipun USD yang terus mengukuh dan kadar hasil (yield) perbendaharaan US yang tinggi, ia dilihat tidak memberi kesan terhadap penurunan harga emas.

Harga XAUUSD dibuka tinggi pada hari Isnin pada $1972 dan terus meningkat di sesi dagangan Asia sehingga setinggi $1998, tetapi gagal menguji paras psikologi penting $2000. Namun ia susut semula pada sesi dangangan London dan New York di mana kini ia didagang pada sekitar $1977. Paras sokongan terhampir berada di pivot point mingguan di $1965 diikuti paras MA-50 harian di $1925 yang juga berhampiran dengan pivot S2. Paras psikologi penting terletak di $1900 yang telah 2 kali diuji pada bulan Mac tetapi masih lagi bertahan dengan baik. Untuk kenaikan ke atas, XAUUSD perlu ditutup dagangan harian melebihi $2000 untuk memastikan momentum kenaikan terus menguasai pasaran, dengan paras tertinggi 2022 di $2070 menjadi sasaran penting. RSIo-14 masih lagi di bawah zon overbought dan MACD line mula kembali melekuk ke atas. Ini menunjukkan kemungkinan kenaikan masih lagi mempunyai momentum yang baik.

Tumpuan untuk dagangan XAUUSD minggu ini tertumpu kepada ucapan Pengerusi FED Jerome Powell, dengan para lebaur akan meneliti lebih dekat apa yang akan dikatakan oleh Powell akan memberi kesan kepada XAUUSD atau tidak.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi 

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya