Laporan sektor buruh US terus menunjukkan pengukuhan dengan data NFP, Gaji dan pengangguran terus mencatatkan data yang baik. Data Non-farm Payroll sedikit tersasar dari unjuran 490K, ia dilaporkan pada 431K pada bulan Mac. Tetapi ia data NFP turut disemak tinggi Feb dengan data terkini 750K berbanding 678K yang dilaporkan pada awal Mac.
Sementara itu purata gaji minggu (Y/Y) dilaporkan tinggi pada 5.6% berbanding unjuran 5.5%, data Feb disemak tinggi kepada 5.2%. Kadar pengangguran pula terus menurun ke paras sebelum krisis covid-19, ia kini kembali semula kepada paras 3.6% berbanding 3.8% pada Feb.
Meskipun data sektor pekerjaan US yang agak baik, para pelabur dilihat tidak mempedulikan data ini apabila tiada volatiliti tinggi terjadi selepas data diumumkan, USD mencatatkan pengukuhan beberapa minit selepas pengumaman tetapi kini kembali semula mengikut pergerakan asal. EURUSD kini berada di sub 1.1050 tetapi masih lagi gagal menembus ke bawah 1.1040 dengan MA-200 sebagai benteng penting. Paras ini juga merupakan paras psikologi SnR yang penting. Sekiranya paras sokongan ini bertahan, EURUSD dijangka akan naik dan cuba menguji paras resistance di 1.1130, tetapi ia perlu terlebih dahulu mengatasi rintangan di MA-50 di 1.1107. RSI-14 masih lagi berada di bawah paras 50 dan MACD juga dalam teritori negatif.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya