Sentimen Semasa
Data ekonomi China pada pagi ini mengejutkan pasaran dengan data yang lemah. Data NBS Manufacturing PMI China untuk Mac dilaporkan pada 49.5 berbanding 50.2 pada bulan lepas manakala Data Non-Manufacturing PMI China untuk Mac dilaporkan pada 48.4 berbanding 51.6 pada bulan sebelumnya. Data yang lemah dan kebimbangan mengenai perkembangan ekonomi China yang lemah menyebabkan para pelabur agak berhati-hati dan menyebabkan sentimen semasa agak negatif.
Kesan ini dijangka akan memberi kesan kepada AUD Dollar berikutan statusnya sebagai matawang komoditi yang berkait dengan China. Sekiranya harga Bijih Besi (iron ore) dan tembaga (copper) terus susut berikutan permintaan yang lemah dari China, ini akan memberi tekanan kepada AUD dalam jangka masa pendek. Para pelabur kini mengharapkan Bank Pusat China (PBOC) akan melonggarkan polisi mereka dengan memotong kadar faedah berbanding tindakan-tindakan rangsangan ekonomi lain yang dijalankan sebelum ini. Sekiranya PBOC mengambil langkah memotong kadar, ia akan menyokong AUD dalam jangka masa pendek dan sederhana.
Analisis Teknikal
Dalam dagangan harian, AUDUSD kini didagangkan rendah pada hari ini berikutan sentimen negatif pasaran semenjak semalam dan data China yang lemah. AUDUSD naik setinggi 0.7523 pada awal pagi sebelum bear kembali menekan kembali matawang ini ke 0.7479 menjelang pembukaan Eropah. Ia kini berada tepat di atas paras pivot S2 harian dan juga MA-200 H1. Yang menjadi sokongan penting. Sekiranya sentimen terus muram, Pivot S3 akan menjadi paras sokongan harian di 0.7460 dan berhampiran dengan paras terendah minggu ini 0.7455. Pivot point harian menjadi resistant penting di 0.7515 dengan paras tertinggi minggu ini di 0.7539 menjadi paras penting sekiranya harga terus menaik.
Tiada data penting dari benua Amerika pada malam ini, tetapi AUDUSD dijangka akan kekal volatile sehingga esok malam (Jumaat) berikutan penerbitan data sektor buruh US NFP pada 8.30 malam Malaysia
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya