Apple Naik 11 Hari Berturut-turut, Rekod Terbaik Sejak 2003

Selepas memulakan tahun 2022 dengan langkah kiri, saham Apple (MT5 DMA: #Apple)  dilihat Kembali mendapat momentum kenaikan. Saham Apple kini dilihat mencatatkan kenaikan untuk 11 hari berturut-turut sejak 15 Mac, satu siri kenaikan terpanjang buat saham Apple sejak tahun 2003.

Kejatuhan harga saham terutamanya dalam sektor teknologi pada tahun 2022 yang disebabkan kebimbangan kenaikan inflasi yang tinggi, dan juga tekanan daripada isu geopolitik dunia kini dilihat telah menemui penghujungnya. Saham Apple kini kembali ke paras yang kali terakhir dilihat pada awal Januari. Harga saham Apple telah menemui paras lantai pada harga $150 sesaham pada pertengahan Mac, selepas itu, ia mencatatkan siri kenaikan yang konsisten dan panjang apabila pelabur kembali melabur ke sektor teknologi dan permintaan terus meningkat.

Harga tertinggi 2022 adalah pada $182.87 yang kini menjadi sasaran Bull untuk paras ujian seterusnya. Ia didagang selesa di atas paras MA-50 dan MA-200 paras harian dan dilihat masih mempunya momentum dengan RSI-14 masih lagi di bawah paras overbought. Manakala paras MACD harian turut masih lagi berada di bawah paras 0.

 

Secara fundamentalnya, kenaikan harga Apple adalah yang terbaik di antara semua saham teknologi dari Kelab syarikat Trilion Dollar. Situasi kenaikan harga saham Apple yang berlaku seiring dengan tindakan Federal Reserve kini dilihat agresif dalam menggubal polisi untuk mengawal inflasi dan kenaikan hasil yield 10 tahun yang mencecah 2.50%, situasi ini amat jarang berlaku dan amat menarik untuk dikaji.    Apple kini didagang di paras setaraf (breakeven) pembukaan 2022 di $178 sesaham.  Ini membolehkan nilai pasaran modal Apple naik semula dan menghampiri angka elusif USD 3 trilion.

CNN Business ini meletakkan unjuran harga median 12 bulan akan datang untuk Apple adalah $193.50 dengan paras tertinggi diunjurkan pada $215 dan harga terendah pada $160. Sementara itu hasil bancian daripada 42 penganalisis pelaburan meletakkan Buy sebagai unjuran utama (27 penganalisis) dengan 6 penganalisis mengunjurkan saham Apple mengatasi prestasi (outperform), 8 penganalisis dalam unjuran hold dengan hanya satu penganalisis mengunjurkan Apple sebagai underperform.

Dengan Apple akan melengkapkan suku kewangan pertama 2022 pada penghujung minggu ini, para pelabur dilihat semakin optimis bahawa Apple akan melaporkan laporan pendapatan yang mengatasi jangkaan pasaran pada 3 Mei nanti.

 

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya