Indeks utama US diniagakan positif dan ditutup lebih tinggi pada dagangan hari Selasa. Sentimen positif pasaran dan peningkatan selera risiko oleh pelabur membantu kenaikan kebanyakan kaunter saham terutamanya di dalam sektor teknologi. Para pelabur jelas berselera berikutan kenyataan oleh Pengerusi Fed J. Powell yang mengatakan FED tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih agresif menaikkan kadar untuk melawan inflasi yang tinggi ketika ini. Pasaran kini mengunjurkan FED akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat akan datang pada bulan May.
Berikutan itu, Indeks Bursa Dow Jones USA30 naik lebih 250 mata dan ditutup pada 34,840. Ia hampir mencapai paras fibo extension FE127.2 di 34,853 dan MA-200 daily di 35,000. Kedua paras ini dijangka dicapai pada hari dagangan Rabu sekiranya sentimen terus kekal positif. MA-50 merupakan paras sokongan terhampir di 34,400.
Manakala indeks USA500 berjaya ditutup di atas paras psikologi penting MA-200 daily apabila ditutup pada 4518 mata, sedikit rendah daripada paras FE127.2 di 4543 mata dengan sasaran seterusnya di 4590 mata sekiranya bull kekal menguasai. Paras sokongan terhampir berada di support 4420 yang juga berhampiran paras MA-50 daily.
Dengan risiko geopolitik Russia-Ukraine masih lagi menjadi latar belakang pasaran, tetapi impak tekanan ini dilihat semakin kendur dan tidak memberi impak besar kepada pasaran saham di US. Momentum pergerakan indeks utama US kini lebih terarah kepada atas berbanding bawah.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya