Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis memberikan kemeriahan kepada pasaran. ECB mengumumkan bahawa dasar matawang tidak berubah hari ini, seperti yang dijangkakan oleh pelabur, tetapi mereka mengumumkan akan menamatkan Program Pembelian Aset (APP) pada suku ketiga. Ini menunjukkan perubahan sisi hawkish ECB. Majlis ECB juga menyemak semula jadual pembelian untuk APP untuk bulan-bulan akan datang. Jumlah suntikan bulanan di bawah APP telah disemak semula berjumlah €40 bilion pada bulan April, €30 bilion pada bulan Mei dan €20 bilion pada bulan Jun. Di samping itu, ECB juga berkata bahawa ia akan menghentikan pembelian aset bersih di bawah program PEPP pada akhir Mac 2022.
Berikutan itu, matawang EURUSD melonjak naik lebih 70 pips dari 1.1036 ke 1.1120 selepas pengumuman ECB. Walaubagaimanapun, EURUSD gagal mengekalkan paras tersebut apabila Presiden ECB Lagarde bercakap pada sidang media bahawa inflasi di Eropah dilihat jauh lebih tinggi dalam jangka pendek, sambil menambah bahawa jangkaan inflasi jangka panjang kini kembali semula pada tahap sasaran. Lagarde menyalahkan harga tenaga (minyak dan gas) sebagai faktor utama di sebalik peningkatan inflasi, sambil menyatakan pada masa yang sama bahawa harga makanan juga boleh menghadapi tekanan menaik. Kenyataan agak berhati-hati Lagarde jelas memberi kegusaran kepada pelabur dan mengakibatkan EURUSD menurun daripada ketinggian 1.1120 dan susut ke paras 1.0980 sebelum naik dan stabil semula di atas 1.1000.
Data Inflasi CPI US yang diterbitkan sebentar tadi turut menunjukkan kenaikan inflasi di Amerika Syarikat ke paras tertinggi 7.9% (y/y) pada Februari dengan inflasi teras (core) pada 6.4% memberikan tekanan jualan kepada USD sekaligus menghadkan penurunan EURUSD.
EURUSD kini dilihat didagang agak mendatar selepas berjaya bangkit daripada paras terendah 1.1085 pada Isnin lepas. Carta H4 EURUSD menunjukkan bahawa EURUSD gagal melepasi paras fib retracement 38.2% yang merupakan resistant penting di 1.1067 dan kini didagang di bawah sedikit dari SMA-50 di 1.1020. Support terdekat dilihat di paras fib 23.6% di 1.0967 diikuti paras terendah 1.1080 yang merupakan benteng terakhir untuk Bull.
Pergerakan akan datang untuk EURUSD dijangka bergantung kepada:
- Situasi geo-politik Russia-Ukraine di mana sebarang berita negatif akan terus menekan EURUSD dan sebaliknya.
- Mesyuarat FOMC pada minggu hadapan juga akan memberikan hala tuju jangka pendek untuk EURUSD. Pasaran menjangkakan FED akan menaikkan kadar faedah dan ini dijangka menyokong kepada pengukuhan USD
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya