Pasaran sentiasa penuh kejutan yang tidak diduga dan ia boleh berubah pada bila-bila masa. Itulah hakikat di dalam pasaran kewangan dunia.
Selepas permulaan minggu yang penuh dengan tekanan berikutan sekatan besar-besaran negara Barat ke atas Russia. Kini situasi berubah hampir sepenuhnya apabila berita terkini daripada konflik Russia-Ukraine membantu menaikkan semula mood pasaran. Yang pertama, perkhabaran bahawa Ukraine tidak akan meneruskan tekanan untuk memohon menyertai NATO memberi harapan bahawa konflik mula menuju ke jalan lebih baik. Ia diikuti oleh kenyataan rasmi daripada Ukraine bahawa mereka bersedia untuk solusi lebih diplomatik. Ini jelas membangkitkan semula selera pelabur di pasaran dan sentimen risk on kembali semula ke pasaran.
Ini menyebabkan instrumen yang terkesan teruk daripada isu geo-politik kembali melalui proses retracement. USOIL yang mencatatkan harga tertinggi sejak 2008 di paras $126 kembali menyusut dan kini didagang di $114. Sasaran seterusnya adalah $108.50 sekiranya keadaan terus pulih pada hari Khamis. Sementara itu, UKOIL turut susut banya selepas mencatat rekod tertinggi $131, ia kini didagang di bawah $119 pada ketika penutupan pasaran London. Sasaran seterusnya adalah di paras MA-200 H1 di $110 sekiranya Bear kekal mengawal pasaran. Ia jelas memberi kelegaan kepada para pelabur yang bimbang kenaikan bererusan harga minyak akan menyebabkan tekanan kepada inflasi dunia dan seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi pasca Covid-19.
Keadaan sama turut dapat dilihat di dalam instrumen XAUUSD atau lebih dikenali sebagai emas. Setelah Emas mencapai paras tertinggi $2070 pada Selasa, yang sedikit rendah dari paras tertinggi tahun 2020 di $2075. Ia susut semula serendah $1975 pada Rebu dan kini naik sedikit didagang di paras psikologi $2000. Ia membuka ruang untuk penurunan lebih rendah ke sekitar $1950 sekiranya situasi Russia-Ukraine terus pulih dan tenang. Sekiranya keadaan kembali tegang, tak mustahil $2075 akan diuji dan dipecahkan.
Disamping itu, intrumen utama kripto BTCUSD mencatatkan pemulihan yang positif selepas mencapai paras rendah Mac di $37107 pada 7 Mac lepas, BTC kembali melonjak dan kini didagang di atas paras $42000 dengan paras psikologi $45000 menjadi tumpuan. Ia disokong oleh Kenyataan yang secara tidak sengaja diterbitkan (diterbitkan pada Selasa, sepatutnya Rabu), ia memetik bahawa Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen mendedahkan bahawa Presiden Joe Biden akan mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengambil pendekatan yang membina dalam mengawal selia industri aset digital. Yellen turut memetik bahawa “Di bawah perintah eksekutif, Perbendaharaan akan bekerjasama dengan rakan sekerja antara agensi untuk menghasilkan laporan mengenai masa depan wang dan sistem pembayaran,” tambah Yellen. Ini secara langsung membantu meningkatkan keyakinan dan permintaan pelabur dalam matawang kripto.
Masih berbaki dua hari sebelum minggu dagangan berkahir pada Jumaat, dengan seribu satu kemungkinan yang akan berlaku dalam pasaran. Ianya terus memberikan volatiliti kepada pasaran dan memberi dimensi menarik untuk dagangan pada minggu ini. Harus diberikan perhatian bahawa ECB akan melaporkan hasil mesyuarat polisi matawang ECB pada Khamis.
Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya