Pasaran Kembali Suram, Nikkei Jatuh, USDJPY Menokok

Sentimen pasaran terus negatif pada hari ini di mana sesi dagangan Asia jelas terkesan dengan Krisis geo-politik Ukraine-Russia.

Tindakan Presiden Putin mengiktiraf 2 wilayah pemisah di Timur Ukraine dan mengarahkan tentera Russia untuk menjalankan operasi pengaman di wilayah tersebut menyebabkan keadaan Kembali tegang dan memburukkan lagi situasi hubungan Russia dengan negara barat lain.

Bursa saham Jepun diniagakan jatuh lebih 2% pada awal sesi dagangan Asia di mana indeks hadapan Nikkei JPN225.F jatuh sehingga 26,219 mata sebelum naik sedikit ke atas dan didagang di sekitar 26,410 mata. Ia mencatatkan kejatuhan dan memantul di Kawasan fibo extension 100. Paras terendah Isnin 26,526 menjadi penghalang yang terhampir dan diikuti resistance di FE61.8 pada 26,798. Sekiranya tekanan jualan terus berkekalan di sesi London, paras sokongan FE100 di 26,339 akan menjadi pertahanan penting dan sekiranya ditembusi, paras FE127.2 di 26,012 yang juga berhampiran dengan paras terendah 2022 (26,019). RSI-14 telah mencapai paras oversold dan naik sedikit, tetapi momentum masih lagi kekal di bawah yang disokong oleh MACD signal line yang berada jauh di bawah paras 0.

Kegusaran pasaran jelas menaikkan permintaan terhadap matawang safe haven, dan seperti yang diketahui, indeks Nikkei berkadar songsang dengan matawang Yen. USDJPY terus menyusut dan kekal di dalam teritori negative sejak minggu lepas. USDJPY jatuh serendah 114.94 pada pagi ini dan membias sedikit ke paras intraday resistance 114.76 buat masa ini. Ia mencapai paras FE100 di 114.49. Paras ini merupakan pertahanan penting dan sekiranya ditembusi, USDJPY dijangka menguji paras FE127.2 di 114.12. FE161.8 berada jauh di bawah di 113.65. FE61.8 merupakan penghalang untuk kenaikan di 115.00 yang juga merupakan paras psikologi penting. MACD signal line masih lagi jauh di bawah paras 0dan RSI-14 juga masih lagi dalam momentum menurun.

 

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.