GBPUSD terus didagang di dalam julat mendatar yang besar di antara 1.3486 – 1.3643 sejak dari awal Februari. Keadaan pasaran yang tidak menentu jelas gagal memberikan satu gerakan yang signifikan buat pasangan matawang ini. Isu geopolitik di Eropah di mana kebimbangan mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine jelas menyebabkan sentimen pasaran dalam keadaan negatif dan meningkatkan permintaan terhadap USD.
Walaubagaimanapun, pemakluman bahawa Russia mengundurkan tentera dari sempadan dan mereka mendakwa hanya melakukan latihan ketenteraan jelas membantu pemulihan semula sentimen dan menyokong semula pengukuhan GBP dan membantu GBPUSD naik semula. Seterusnya, data inflasi UK yang tinggi dengan bacaan CPI pada 5.8% berbanding 5.4% sebelum ini membantu meningkatkan permintaan terhadap GBP.
Kini GBPUSD di dagang kukuh di atas paras psikologi 1.3600 dan berada di sekitar 1.3625 pada ketika laporan ini ditulis. Resistant terhampir berada sedikit di atas di 1.3633. Sekiranya paras ini gagal bertahan, Bull dijangka menguji semula paras tertinggi 10 Feb di harga 1.3643. Sekiranya USD kembali mendapat permintaan para pelabur, GBPUSD berpotensi menguji paras support di 1.3555, paras ini berada berhampiran dengan sokongan dinamik daripada MA-50 dan MA-200 1 jam. Paras support terendah minggu ini berada jauh di bawah di harga 1.3486. RSI-14 kini menghampiri zon overbought dan momentum dilihat agak kukuh. Ini disokong oleh MACD line dan histogram yang kekal jauh dari paras 0.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.